HEADLINES

Saya perlu kuat, Insya-Allah, Allah jaga saya: Chef Wan

Chef Wan didiagnos menghidap penyakit kanser limfoma selepas menjalani ujian electrocardiogram (ECG) di sebuah hospital, petang semalam

11:01 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Chef selebriti, Datuk Redzuawan Ismail atau mesra disapa Chef Wan mengesahkan dirinya menghidap kanser limfoma.

Menerusi perkongsian di Instagram miliknya semalam, Chef Wan memaklumkan dia didiagnos menghidap penyakit itu selepas menjalani ujian electrocardiogram (ECG) di sebuah hospital swasta, petang semalam.

“Saya baru sahaja menjalani ujian ECG. Pada jam 3 petang (semalam) doktor memaklumkan mengenai keputusan biopsi saya.

“Mereka perlu menjalankan ujian sebanyak dua kali untuk memastikan keputusan itu. Saya sememangnya menghidap kanser limfoma.

“Saya perlu menjalani imbasan Tomografi Pancaran Positron (PET) untuk melihat sama ada kanser ini sudah merebak ke organ lain termasuk menentukan ia di tahap berapa,” katanya.

Pada masa sama, Chef Wan turut mendedahkan beliau mempunyai peluang kira-kira 70 hingga 80 peratus untuk sembuh dengan menjalani rawatan kemoterapi sebanyak 13 kitaran dalam jangka tempoh 13 minggu.

“Isnin ini, saya akan melakukan ujian sumsum tulang kerana kanser limfoma juga dikaitkan dengan organ itu.

“Saya akan mula mengalami keguguran rambut selepas ini. Jadi, saya sudah bersedia untuk menggayakan rambut palsu seperti Elvis, M Daud Kilau, Samy Velu, Liberace dan ramai lagi,” katanya.

Walaupun khabar duka itu mengejutkan ramai pihak, beliau tetap tenang dan kekal positif menerima ketentuan takdir.

“Inilah kehidupan… anda hanya perlu melaluinya dengan positif. Anak perempuan dan menantu saya sedih mendengar berita ini. Tetapi saya kata jangan menangis, saya belum pergi lagi.

“Saya perlu kuat dan sihat kerana saya juga perlu menjaga ramai orang. Insya-Allah, Allah akan jaga saya.

“Terima kasih atas semua doa dan ucapan. Tolong jangan risau kerana kita semua akan melalui ini bersama-sama supaya kita boleh memberi inspirasi dan membantu orang lain di masa hadapan,” katanya. – 4 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Bersih warns against the weaponisation of MACC in political investigations

Coalition urges reforms and stronger oversight to protect the integrity of the commission

#DoneExplain: Anwar mocks Epstein ‘link’, cites emails as proof of no connection

Prime Minister brushes off Bersatu youth allegations with a lighthearted, emoji-filled response

Related