◉ HEADLINES

BN tak gadai kerusi, DAP yang tawar: Megat Zulkarnain

Calon BN DUN Gombak Setia itu turut menyangkal dakwaan parti berkenaan dan Umno ‘menunggang’ DAP serta PKR untuk memenangi PRN

2:59 PM MYT

 

GOMBAK – Calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia, Datuk Megat Zulkarnain Omardin menegaskan tiada satu pun kerusi ‘dikorbankan’ parti itu bagi memberi ruang kepada calon DAP bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN), 12 Ogos ini.

Beliau berkata, sebaliknya, DAP sendiri yang menyerahkan kerusi DUN Dusun Tua disandang parti itu kepada calon BN, Datuk Johan Abd Aziz.

Menurutnya, perkara itu diputuskan Majlis Perundingan Kerajaan Perpaduan.

“Walaupun di peringkat awam terdapat kegusaran, selepas berbincang Panjang, DAP memberikan kerusi itu kepada kami dan mereka menyokong keputusan terbabit.

“Bagaimanapun di Bayan Lepas (Pulau Pinang), ada kerusi majoriti Melayu yang terpaksa diberikan kepada Gerakan.

“Jadi siapa yang terpaksa gadaikan kerusi sebenarnya? Sila berhati-hati apabila membuat tuduhan jahat,” katanya yang juga Pengerusi BN Selangor.

Pada masa sama, Megat menyangkal dakwaan bahawa BN dan Umno ‘menunggang’ DAP dan PKR untuk memenangi PRN kali ini.

“Disebabkan keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), tidak ada satu parti pun yang boleh membentuk kerajaan. Ia ‘berhenti’… seperti ‘check-mate’ jika anda bermain catur.

“Kemudian diputuskan bahawa semua pihak mesti mengetepikan perbezaan mereka demi keutamaan rakyat.

“Atas nasihat Yang di-Pertuan Agong Kerajaan Perpaduan dibentuk, seperti yang kita ada hari ini,” katanya.

Susulan itu, beliau menasihati parti lawan supaya tidak menggunakan perkara terbabit sebagai modal kempen mereka.

Tegasnya, setiap calon harus bersikap matang dan ‘berperang’ secara sihat, selain memberi tumpuan kepada permasalahan dihadapi rakyat.

“Mempermainkan politik ekstrem seperti mengugut tidak lagi diterima rakyat. Jangan sesekali mengajar anak muda untuk bertindak melampau.

“Dalam prinsip dan ajaran Islam, itu bukan caranya. Islam mementingkan kesederhanaan dan tidak menghina orang lain, terutamanya bukan Islam. – 5 Ogos, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Malaysia pulls the plug on Kuwaiti Hornet deal after years of turbulence

RMAF walks away from costly, outdated aircraft amid rising concerns over integration, support, and long-term value

More than 100 Foodpanda riders protest over low wages at company headquarters

New Google Maps-based system forces riders to make more deliveries to make ends meet

◉ Related