HEADLINES

Insiden Dominic dihalau, itu hanya salah faham, tak jejas sokongan rakyat kepada PN: Muhyiddin

Pihaknya menyakini PAS akan mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan PN akan sentiasa kukuh dan bersama dalam memenangi PRN di enam negeri

11:24 PM MYT

 

SHAH ALAM – Insiden Presiden Gerakan, Datuk Dominic Lau Hoe Chai didakwa ‘dihalau’ dari sebuah majlis ceramah Perikatan Nasional (PN) di Pulau Pinang, baru-baru ini, tidak akan memberi kesan kepada sokongan rakyat di negeri itu.

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pihaknya percaya wujud salah faham sehingga perkara itu dimainkan pembangkang bagi mewujudkan persepsi negatif kepada gabungan berkenaan di Pulau Pinang.

Menurut beliau, PN sentiasa mengadakan perbincangan sekiranya wujud permasalahan agar ia mampu diselesaikan dengan harmoni tanpa mengguris hati mana-mana pihak.

“(Salah faham) ini berlaku di hampir semua tempat. Semua peristiwa itu berlaku pasal ada isu tempatan yang tidak memberi gambaran yang sebenar. Ini hanya kes tertentu, tidak mencerminkan sikap PAS dan PN.

“Kita selama membentuk PN telah bekerja sebagai satu pasukan yang cukup mantap, tiada buruk sangka. Itu kita lakukan sepanjang masa. Kita mengharapkan ia sudah pun diselesaikan,” katanya kepada media ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Tawaran PN Selangor sempena Pilihan Raya Negeri (PRN), hari ini.

Semalam, Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata PAS tidak merestui insiden seorang pemimpin parti itu didakwa bertindak menghalau dan tidak mengalu-alukan kehadiran Dominic di sebuah majlis ceramah Perikatan Nasional (PN) di Pulau Pinang, baru-baru ini.

Takiyuddin berkata, seperti mana parti lain, PAS juga amat sedar dan maklum bahawa politik gabungan cenderung untuk menimbulkan rasa tidak puas hati, kecewa dan sebagainya, terutama dalam isu berkaitan pembahagian kerusi atau pemilihan calon Dewan Undangan Negeri (DUN) mahupun Parlimen.
Dalam pada itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pihaknya yakin PAS akan mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan PN sentiasa kukuh dan bersama dalam memenangi PRN di enam negeri.

“Kenyataan yang telah dikeluarkan oleh PAS, saya percaya akan ada langkah susulan. Saya telah pun meminta supaya program ceramah besar diadakan di sana di mana semua calon yang bertanding di sana, tidak kira Gerakan, PAS dan Bersatu akan berada di atas satu pentas,’’ katanya. – 4 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

Related