◉ HEADLINES

Anwar mohon maaf tidak dapat turun ke Taman Medan, Dusun Tua, Khamis lepas

Sebagai ganti kepada acara itu, beliau akan turun padang ke Taman Medan pada pukul 9 malam esok (Ahad), diikuti Ampang (10 malam) dan Hulu Kelang (11 malam)

11:54 AM MYT

 

KUALA LUMPUR ­- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon maaf kepada warga Taman Medan dan Dusun Tua atas ketidakhadiran beliau ke Jelajah Perpaduan MADANI yang diadakan di kedua-dua lokasi itu Khamis lepas.

Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata beliau tidak dapat hadir di kedua-dua lokasi itu kerana perlu menyantuni dan meraikan Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah yang mengadakan lawatan negara ke Malaysia selama tiga hari bermula 2 Ogos lepas.

Justeru, sebagai ganti kepada acara itu beliau akan turun padang ke Taman Medan pada pukul 9 malam esok (Ahad), diikuti Ampang (10 malam) dan Hulu Kelang (11 malam).

“Saya ingin mengajak semua pendukung perpaduan untuk hadir bersama dan nyatakan sokongan kepada calon PH-BN di Selangor,” kata Anwar.

Khamis lepas Anwar asalnya dijadual menghadiri ceramah umum perpaduan di Taman Medan pada pukul 10 malam dan Dusun Tua (11 malam) menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN).

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari pengundian PRN di Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan dan Terengganu pada 12 Ogos, manakala pengundian awal pada 8 Ogos. – 5 Ogos, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Tax breaks in JS-SEZ aimed at driving high value investments to Johor

Finance Ministry and Johor govt target companies in AI, quantum computing supply chain, medical devices, aerospace and global services

Bursa Malaysia breaks 1,680 resistance level at opening but retreats from there

Local bourse has seen positive sentiments from foreign investors recently

PAS to propose new PN chairman after Muhyiddin stepped down, dismisses Pejuang rumours

PAS deputy president Tuan Ibrahim Tuan Man confirms several names will be discussed for the PN leadership, while refuting claims of Pejuang joining the coalition

◉ Related