HEADLINES

‘Permohonan maaf PAS Pulau Pinang hanya lakonan, PAS tidak akan bantu Dominic’ : sumber

Kata sumber dalaman kepada Scoop, isu jentera yang terhad tidak pernah timbul sebaliknya ia hanya isu perkauman

3:26 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – PAS Pulau Pinang menolak pencalonan Presiden Gerakan, Datuk Dominic Lau di Bayan Lepas adalah disebabkan mereka menganggap tokoh Cina tidak boleh masuk ke kawasan Melayu.

Malah, kata sumber dalaman kepada Scoop, isu jentera yang terhad tidak pernah timbul sebaliknya ia hanya isu perkauman.

“Sehari selepas PAS pusat meminta maaf, Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang memberi signal bahawa PAS tidak akan membantu Dominic Lau di Bayan Lepas.

“Kita mesti ingat bahawa sebab asal PAS Pulau Pinang menolak Dominic ialah kerana mereka menganggap tokoh Cina tidak boleh masuk kawasan Melayu. Isu jentera yang terhad tak pernah timbul. Hanya isu perkauman saja,’’ katanya.

Sumber yang juga Ahli Jawatankuasa Tertinggi Perikatan Nasional (PN) berkata, permohonan maaf berkenaan hanyalah lakonan dan mereka masih rasis serta tidak inklusif.

“Jika PAS benar-benar mahu minta maaf, mereka mesti pecat Pesuruhjaya Pulau Pinang, Fauzi Yusof, Ketua PAS Tasek Gelugor, Sobri Saleh dan Setiausaha PAS Pulau Pinang Iszuree,” kata sumber itu.

Malangnya kata beliau, PAS meletakkan Fauzi sebagai calon di Dewan Undangan (DUN) Sungai Dua dan Sobri di DUN Permatang Berangan.

“Jika tiada tindakan kepada dalang-dalang perpecahan ini, maka kerosakan imej Perikatan Nasional akan lebih teruk, dan tiada siapa pun akan percaya lagi jika Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Pengerusi PN bercakap mengenai perpaduan dan integrasi kaum selepas ini,” katanya.

Sumber itu sebelum ini memaklumkan bahawa kejadian di mana presiden Gerakan tersebut dihalau dari ceramah PAS di Sungai Dua telah menunjukkan bagaimana PAS melayan rakan gabungannya serta rancangan untuk mengambil alih Pulau Pinang.

Pemimpin PN itu juga berkata, PAS memboikot Dominic pada penamaan calon di mana jentera pilihan raya PAS tidak kelihatan ketika beliau menyerahkan borang pencalonan.

Dua hari lepas, Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengeluarkan kenyataan meminta maaf kepada Dominic dan menegur pimpinan PAS di Pulau Pinang.

Takiyuddin memaklumkan, PAS tidak merestui insiden seorang pemimpin parti itu didakwa bertindak menghalau dan tidak mengalu-alukan kehadiran Dominic ke acara berkenaan. – 5 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

Mutiara LRT project kicks off as Penang’s six-year construction timeline begins

SRS Consortium receives notice to proceed with first civil works; RM13 billion project slated for completion by 2031

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Malaysia pulls the plug on Kuwaiti Hornet deal after years of turbulence

RMAF walks away from costly, outdated aircraft amid rising concerns over integration, support, and long-term value

Related