HEADLINES

Dakwaan Azmin mengenai Anwar ‘manifesto terdesak’, kerusi Parlimen kerajaan tidak berubah

Puad berkata, Muhyiddin dan Azmin sudah diberi peluang memerintah tetapi gagal

11:24 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Dakwaan dibuat Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali kononnya Perdana Menteri akan disingkirkan daripada jawatan itu apabila parti terbabit memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor disifatkan manifesto terdesak.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Mohd Puad Zarkashi berkata, dakwaan itu juga menunjukkan pemimpin berkenaan menggunakan retorik cara lama.

“Jumlah kerusi Parlimen Kerajaan Perpaduan tidak berubah. Lompat parti diharamkan. Bolehlah kalau GPS (Gabungan Parti Sarawak) dan GRS (Gabungan Rakyat Sabah) sokong PN. Mustahil.

“Mereka sudah ditipu sebelum ini. Muhyiddin (Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin) dan Azmin sudah diberi peluang. Kamu pemimpin gagal. Muhyiddin kluster mahkamah,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Puad berkata, beliau meramalkan PN kini hanya menunggu masa untuk berpecah kerana Gerakan dijangka akan meninggalkan gabungan itu.

“PN tunggu masa pecah. Gerakan akan keluar PN,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan bahawa Azmin mendakwa Perdana Menteri akan dijatuhkan sebaik sahaja gabungan berkenaan menang pada PRN Selangor.

Katanya, situasi itu berlaku kononnya kerana prestasi kurang memberangsangkan beliau dan kerajaan pimpinannya dalam mentadbir negara.

Menerusi ruangan komen di hantaran Puad itu, netizen turut mengkritik kenyataan Azmin.

“Azmin fikir rakyat bodoh,” kata Wan.

“Manifesto yang kabur,” tulis seorang pengguna.

“Azmin ni benak,” respon individu lain. – 6 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Heritage players controversy: Be ready for the worst, says TMJ

Despite not having an official role in the national football set up, Johor Crown Prince vows will fight up to the Court of Arbitration for Sports (CAS) if FIFA’s decision not in Malaysia’s favour

Elmina crash: prominent figures from Serba Dinamik, Awesome Media Network in flight operator’s company structure  

A deeper look at private jet operator Jet Valet Sdn Bhd, whose Beechcraft Model 390 aircraft crashed in Bandar Elmina, Shah Alam last month, has revealed the presence of prominent corporate figures whose other entities have come under the radar of authorities.  

Related