PRN: Polis kesan kegiatan pertaruhan di Pulau Pinang

Setakat ini tiada sebarang penahanan, namun pihak polis sedang memantau rapi kegiatan tersebut

1:37 PM MYT

 

GEORGE TOWN – Polis mengesan berlaku kegiatan perjudian membabitkan pertaruhan keputusan beberapa kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang 12 Ogos ini.

Ketua Polis negeri Datuk Khaw Kok Chin berkata setakat ini tiada sebarang penahanan, namun pihaknya sedang memantau rapi kegiatan tersebut.

“Berdasarkan apa yang kita (polis) pantau, ada kegiatan pertaruhan itu yang dipercayai dilakukan dalam skala kecil dan berdasarkan siasatan, ia tidak melibatkan mana-mana sindiket (perjudian), hanya kecil-kecilan,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas meninjau proses pengundian awal PRN membabitkan pegawai dan anggota polis kontinjen Pulau Pinang di sini hari ini.

Seramai 6,451 pegawai dan anggota terlibat dengan pengundian awal di 28 pusat mengundi melalui 33 saluran di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang serta lima Ibu Pejabat Polis Daerah hari ini.

Sementara itu, Khaw berkata jumlah kawasan panas yang dikesan di Pulau Pinang kekal dua iaitu DUN Permatang Pasir di Parlimen Permatang Pauh dan DUN Bayan Lepas di Parlimen Balik Pulau.

”Polis akan kekalkan kawalan di dua kawasan tersebut dan kita lihat tidak ada keperluan setakat ini untuk menambah anggota atau pegawai di sana kerana semua dalam keadaan baik, lancar serta tidak ada kejadian yang tidak diingini berlaku.

“Insiden kecil tu ada, tetapi tidak sampai menggugat ketenteraman dan kegusaran awam. Semuanya dalam kawalan,” katanya.

Beliau berkata setakat hari ini, proses berkempen di seluruh negeri itu juga berjalan lancar. – 8 Ogos, 2023

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

[UPDATED] Lazada’s Malaysian office not spared from major layoffs

Employees across various departments at Lazada Malaysia's office have allegedly been informed about an impending meeting with the company's human resources team in the next few days. 

[UPDATED] Desperate, doomed move: Lokman Adam claims Daim, Dr Mahathir behind Langkah Dubai  

Langkah Dubai, a move by the opposition to topple Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s administration, is allegedly masterminded by former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad and his right-hand man Tun Daim Zainuddin.

Related