Usah ragu-ragu carum KWSP, contohi A Galak: Yusof Haslam

Yusof berkongsi pengalamannya sebagai majikan yang membuat caruman KWSP untuk kakitangan dan pelakon di bawah syarikat produksi miliknya, Skop Productions

11:03 AM MYT

 

KUALA LUMPUR — Produser dan pengarah filem terkenal, Datuk Yusof Haslam menyarankan penggiat seni supaya membuat caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) demi masa depan mereka.

Sebagai pemilik Skop Productions, beliau yang berkecimpung selama 45 tahun dalam industri perfileman tanah air mendedahkan, membayar caruman KWSP untuk kakitangan dan pelakon di bawah syarikat produksi miliknya itu.

“Saya menubuhkan Skop Productions pada 1985 di mana kita banyak terbitkan program televisyen untuk RTM. Pada 1990, saya hasilkan filem bermula dengan Bayangan Maut diikuti Maria Mariana dan Sembilu. Ia satu perjalanan yang panjang.

“Saya bermula dengan hanya dua kakitangan, sehinggalah sekarang sudah ada ramai kakitangan dan barisan pelakon termasuk rakan baik saya, A Galak yang berasal dari Singapura,” katanya dalam video yang dikongsi KWSP di Instagram.

Malah Yusof turut memuji tindakan rakan baiknya, A Galak kerana membuat pilihan bijak dengan membuat caruman KWSP walaupun pada awalnya agak keberatan untuk berbuat demikian.

Katanya, selepas 10 tahun berlalu, A Galak terkejut apabila mengetahui kakitangan dan rakan seperjuangan di bawah Skop Productions mendapat manfaat hasil caruman KWSP.

“Dia tanyakan pada saya tentang hal tersebut. Saya kata sebab itu aku nak ambilkan KWSP untuk kau, tapi kau yang tak nak. Rugilah aku, kata dia.

“Pada waktu itu juga, dia mahu saya buat potongan KWSP. Alhamdulillah, dapat juga dia merasa duit KWSP selepas 10 tahun kemudian. Dapat juga dia puluhan ribu,” katanya.

Justeru, beliau berharap agar penggiat seni di negara ini mencontohi keputusan diambil pelakon veteran itu.

“Apa yang berlaku kepada A Galak ini suatu contoh kepada artis lain. Jangan ragu-ragu untuk simpan dalam KWSP demi masa depan kita. Ia lebih untung.

“Sebab, katalah anda simpan RM100 setiap bulan, majikan akan tambah lagi untuk bahagian mereka. Itu tak masuk lagi dividen. Ia satu peluang yang baik,” katanya. – 8 Ogos, 2023

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

KL entertainment centre targeted in suspected petrol bomb attack

Police investigating incident in Jalan Yap Kwan Seng, captured on CCTV footage around 2.18am yesterday

Ex-Lazada top execs create support groups for retrenched staffers

Several former top executives and managers of embattled Lazada have started unofficial support groups to help recently retrenched colleagues in Southeast Asia.

Related