HEADLINES

Ceramah Parti Hijau Malaysia kritik kerajaan Selangor tidak dapat sambutan ramai

Acara itu hanya disertai kurang 30 orang, malah tetamu kehormatnya, Shahidan Kassim tidak hadir

8:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suasana ceramah Perikatan Nasional (PN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Anggerik baru-baru ini, hambar apabila ucapan Setiausaha protem Parti Hijau Malaysia (PHM), Abdul Razak Ismail yang mengkritik kerajaan Selangor tidak menerima sambutan, malah kebanyakan kerusi kosong.

Menerusi gambar acara itu yang dikongsi kepada Scoop, Razak dilihat berucap di hadapan hanya 20 orang, dengan mendakwa perjanjian projek di Selangor adalah mencurigakan.

Beliau yang sebelum ini dipecat daripada PKR itu juga menyentuh mengenai penyahwartaan hutan simpan, iaitu Bukit Cerakah dan Bukit Lagong.

Dalam ucapannya itu, Razak yang mendakwa dirinya sebagai aktivis alam sekitar berkata, beliau akan mendapatkan ‘dokumen’ mengenai projek berkenaan daripada ‘rakan’, iaitu exco kerajaan negeri.

Razak kini berdepan tindakan undang-undang kerana didakwa memfitnah firma kejuruteraan dan pembinaan, Malaysian Resources Corporation (MRCB) berhubung projek pembangunan semula Stadium Shah Alam.

Pada Julai tahun lalu, MRCB menerima surat hasrat (LoI) bagi tujuan menjalankan dan menyerahkan kajian terperinci berhubung cara menyelamatkan stadium berusia 28 tahun itu.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, perbadanan itu adalah pemegang saham utama Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan ia diminta mengemukakan cadangan daripada 15 syarikat lain, berikutan rekod kewangan serta prestasinya yang kukuh, selepas membangunkan semula Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil pada 2017. .

Susulan itu, MRCB mengemukakan cadangan untuk dipertimbangkan kerajaan negeri berdasarkan asas kos dan keperluan.

Ceramah itu kemudian menyaksikan pengunjungnya bertambah kepada kira-kira 30 individu, apabila calon PN Kota Anggerik, Mohamed Sukri Omar naik ke pentas.

Sukri kemudian memberi jaminan kepada pengundi bahawa isu dibangkitkan Razak akan ditangani sekiranya beliau diberi mandat oleh penduduk Kota Anggerik.

Malah, Ahli Parlimen Arau yang juga bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim yang sepatutnya menjadi tetamu kehormat acara itu, tidak hadir. Ditubuhkan pada 2010 sebagai gerakan maya, PHM masih belum didaftarkan oleh Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS). — 10 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

Jho Low is now ‘Constantinos Achilles’, lives luxuriously in Shanghai: US reporters

The former playboy financier linked to 1MDB scandal is allegedly using a fake Aussie passport to move around China

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

China break up Olympic champions to groom future stars

Olympic gold medallist Jia Yi Fan now partners Zhang Shu Xian in a bold move to mentor rising talent, as China strengthen their grip on women’s doubles badminton

Related