HEADLINES

Ada ‘kebangkitan’ di Terengganu: Anwar

Menurut Anwar, sokongan itu dirasai kerana berbeza dengan pembangkang, yang dalam siri ceramah mereka ada menggunakan ayat al-Quran dan ditafsirkan untuk menyerang kerajaan

8:43 AM MYT

 

KUALA TERENGGANU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi gambaran bahawa ada “kebangkitan” dalam kalangan rakyat di Terengganu selepas melakukan beberapa siri ceramah di negeri ini.

Beliau yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata, sokongan itu dirasai kerana berbeza dengan pembangkang, yang dalam siri ceramah mereka ada menggunakan ayat al-Quran dan ditafsirkan untuk menyerang kerajaan.

“Dia (pembangkang) baca ayat al-Quran. Tapi bila saya tanya dia tak tau (tidak tahu)… dia tafsir ikut dia. Tidak bermakna kalau baca al-Quran boleh tafsir untuk serang orang. 

“Bukan soal parti, yang baik, baiklah. Ini masalah yang kita hadapi. Semua serangan dan fitnah itu keterlaluan,” katanya pada Ceramah Jelajah Perpaduan Madani di Hiliran di sini, malam tadi.

Katanya, lagi pembangkang juga mendakwa merekalah gabungan parti yang “bersih” dan malangnya dakwaan mereka itu dipercayai orang ramai.

Anwar berkata, lebih membimbangkan rakyat terutamanya golongan muda mudah terpengaruh dengan slogan dan laungan seperti “Hidup Melayu” dan kalimah Allahuakbar, namun di sebalik itu beliau mendakwa ada dalam kalangan pemimpin pembangkang yang “sakau”.

“Tolonglah selamatkan negeri ini. Kalau dia korup, dia curi, tak kiralah dia parti mana, bila ada kuasa tak boleh percaya,” katanya.

Katanya, beliau juga menerima malah bersetuju jika ada pihak yang mengatakan pemerintahan Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) masih belum cukup memuaskan.

“Hutang banyak, pelaburan baru masuk. Kita sedang buat sedaya upaya kita… (pembangkang) bunyi bising gendang-gendang kosong projek tiada. Cadangan baik kita teliti terus laksana,” katanya.

Justeru, Perdana Menteri mengingatkan rakyat supaya membuat pilihan tepat dan tidak membiarkan mereka diperintah oleh pemimpin yang gagal melaksanakan pembangunan dengan pantas.

“Mereka (PAS dan Bersatu) ada masa tiga tahun, apa yang mereka buat?,” soal beliau.

Di akhir sesi ceramah, Perdana Menteri dikejutkan dengan nyanyian “Allah Selamatkan Kamu” oleh semua yang hadir sempena hari lahir beliau yang jatuh pada 10 Ogos. – 10 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

What will we call for next? A ban on cheap cigarettes, tuak and kapcais? – Rocky Bru

While concerns over drug-laced vapes grow, a blanket ban could backfire by wiping out businesses, threatening jobs, pushing trade underground amid weak enforcement and open tank loopholes

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

It’s not Big Tobacco, but Big Pharma that’s behind vape ban push: industry leader

Move president warns of harm to public health and legal vape industry if proposed nationwide ban goes ahead

Related