HEADLINES

Jika kekal lima tahun lagi, PM yakin Malaysia jadi negara hebat

Kerajaan kini dalam pelbagai perancangan untuk rakyat negara ini termasuk membela gaji pekerja swasta dan berjanji akan melaksanakannya

2:58 PM MYT

 

BALIK PULAU – Malaysia akan menjadi sebuah negara hebat di Asia jika Kerajaan Perpaduan terus mentadbir negara bagi tempoh lima tahun lagi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata keyakinan itu adalah susulan rekod prestasi kerajaan yang telah membela isu rakyat pelbagai lapisan sejak Kerajaan Perpaduan mengambil alih tampuk kepimpinan negara sejak lapan bulan lepas.

“Baik padi, baik getah, rumah polis, rumah tentera, gaji penjawat awam, nelayan kita cuba maksimum dalam masa lapan bulan.

“Bayangkan kalau kita boleh perintah lima tahun, insya-Allah Malaysia akan jadi hebat sebagai satu negara Asia,” katanya ketika berucap pada majlis makan tengah hari di gerai Gulai Kalut Hot Stall, di sini.

Anwar berkata kerajaan kini dalam pelbagai perancangan untuk rakyat negara ini termasuk membela gaji pekerja swasta dan berjanji akan melaksanakannya.

Justeru Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) meminta pengundi di kawasan Melayu terutamanya, untuk memberikan sokongan kepada calon-calon gabungan PH dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang, esok.

“Kawasan Cina nampak teratur, terjamin. Saya hendak kawasan Melayu bagi sokongan. Saya minta (calon-calon) kerjalah dan insya-Allah, ini amanah yang kita akan pikul untuk membela nasib rakyat,” katanya.

Presiden PKR itu juga menyifatkan segelintir pemimpin Perikatan Nasional (PN) sebagai “mata rabun” kerana mendakwa Kerajaan Perpaduan tidak melaksanakan sebarang bantuan mahupun perubahan bagi membantu rakyat negara ini.

Terdahulu, dalam kesibukan jadual padat sempena PRN di enam negeri, pemimpin nombor satu negara itu meluangkan masa beramah mesra di gerai Gulai Kalut Hot Stall, di sini sebelum bergegas ke Masjid Qaryah Kampung Perlis Pulau Pinang untuk menunaikan solat Jumaat.

Turut hadir calon BN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Bahang Ahmad Zaki Shah Shah Headan;  calon PH DUN Pulau Betong Mohd Tuah Ismail dan Ahli Parlimen Balik Pulau Datuk Muhammad Bakhtiar Wan Chik.

Anwar juga dijadual menerima kunjungan hormat Menteri Luar China Wang Yi di Pulau Mutiara hari ini, yang mengadakan lawatan rasmi dua hari ke Malaysia. – 11 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

[UPDATED] Welcome back to the Black Parade: My Chemical Romance set to rock Malaysia in 2026

Emo legends to play Bukit Jalil on April 30 as part of their long-awaited world tour, with Malaysian tickets ranging from RM299 to RM1,099 and sales opening on July 11, 2025

Putra Ahmad Merrah teruja berlakon, jadi hero kecil dalam filem Rebel arahan Datuk Awie

Putra Ahmad Merrah atau mesra disapa Merrah berkata, pada awalnya tidak menjangka berpeluang membawakan watak hero, Luka yang diterajui Ben Amir sewaktu zaman remaja di dalam filem itu.

End of an era: Ex-Malaysia Airlines A380 faces dismantling in French scrapyard

Once a long-haul icon, the superjumbo is being dismantled for prized components as the airline modernises its fleet with fuel-efficient jets

Related