HEADLINES

Warga emas meninggal dunia sejurus selepas celup jari dalam botol dakwat sebelum mengundi

Mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Tampin untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut

5:26 PM MYT

 

SEREMBAN – Seorang wanita meninggal dunia ketika hendak melaksanakan tanggungjawabnya sebagai pengundi di Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan (SK) Rokan, Gemencheh, di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Tampin Supt Anuwal Ab Wahab berkata warga emas berumur 83 tahun itu dikatakan tiba-tiba terjatuh dan tidak sedarkan diri sejurus selepas dia mencelup jari ke dalam botol dakwat sebelum mengundi, dalam kejadian pada pukul 11 pagi itu.

Beliau berkata wanita itu kemudiannya dibawa ke Klinik Kesihatan Gemencheh oleh ahli keluarganya, dan sebaik tiba di klinik berkenaan, warga emas berkenaan dikatakan telah sedar, namun paras oksigennya didapati semakin menurun.

“Bantuan Resusitasi Kardiopulmonari (CPR) telah dilakukan oleh pembantu pegawai perubatan ke atas wanita itu, namun dia tidak berjaya diselamatkan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya difahamkan wanita itu pernah mengadu kepada keluarganya bahawa dia mengalami sakit pada bahagian kaki sejak balik mengerjakan umrah baru-baru ini, dan rekod perubatan mendapati warga emas itu adalah pesakit darah tinggi.

Mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Tampin untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – 12 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Malaysia pulls the plug on Kuwaiti Hornet deal after years of turbulence

RMAF walks away from costly, outdated aircraft amid rising concerns over integration, support, and long-term value

Malaysia breaks 11-year losing streak against Vietnam with impressive 4-0 victory

The national team showed effective teamwork and fast-paced plays that kept their opponents under pressure

Related