HEADLINES

Insya-Allah PAS akan tawan seluruh Malaysia jika adil kepada semua: Hadi

Ahli Parlimen Marang itu turut menegaskan PAS adalah sebuah parti yang adil untuk semua dan tidak bermusuh dengan mana-mana pihak

7:56 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tan Sri Abdul Hadi Awang yakin PAS berupaya melebarkan penguasaan mereka di beberapa negeri lain pada masa akan datang susulan prestasi baik direkodkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN), kelmarin.

Presiden PAS itu berkata, ia tidak mustahil berlaku sekiranya parti tersebut berlaku adil kepada semua rakyat.

“Insya-Allah dengan petunjuk Allah… adil kepada semua rakyat, ini akan menambah lagi kekuatan kita.

“Ia meningkatkan lagi kemenangan kita bukan sahaja tiga atau empat negeri yang kita sudah perintah, Insya-Allah ada negeri lain. Insya-Allah akan ambil alih Malaysia seluruhnya,” katanya dalam video yang dimuatnaik di Facebook beliau, hari ini.

Sementara itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Marang turut menegaskan PAS adalah sebuah parti yang adil untuk semua dan tidak bermusuh dengan mana-mana pihak.

Malah katanya, PAS juga tidak pernah berdendam dengan mereka yang telah menzalimi mahupun memfitnah parti itu sebelum ini.

“Bila kita menang, Islam mengajar kita untuk bersikap adil untuk semua. Kepada mereka yang kalah itu jangan takut. Kami bukan parti balas dendam. Kami parti yang menegakan keadilan untuk semua.

“Bila kita jadi kerajaan semua rakyat adalah rakyat kita. Sama ada rakyat menyokong kita atau tidak, semua rakyat kita. Ini diajar Allah kepada kita. Ini akan kita teruskan,” katanya.

PRN kali ini menyaksikan Perikatan Nasional (PN) kekal mentadbir di Kedah, Kelantan dan Terengganu manakala gabungan Pakatan Harapan (PH) – Barisan Nasional (BN) berjaya mengekalkan kuasa di tiga negeri iaitu Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan.

Di Terengganu, PN menyapu bersih 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) itu dengan kesemua 27 calon PAS dan lima calon Bersatu menang bergaya di kawasan masing-masing.

Kesemua 10 kerusi DUN yang sebelum ini dikuasai Barisan Nasional (BN) berjaya dirampas PN.

Antara pemimpin kanan Umno Terengganu yang tumbang ialah dua bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said dan Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman masing-masing di DUN Kijal dan Seberang Takir. – 14 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

What will we call for next? A ban on cheap cigarettes, tuak and kapcais? – Rocky Bru

While concerns over drug-laced vapes grow, a blanket ban could backfire by wiping out businesses, threatening jobs, pushing trade underground amid weak enforcement and open tank loopholes

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related