HEADLINES

Kapal kargo rosak, empat kru warga Indonesia hanyut dari Tanjung Pagar

Kesemua mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan telah diserahkan kepada pihak Zon Maritim Mersing bagi tindakan selanjutnya

9:44 AM MYT

 

MERSING – Empat kru warga Indonesia ditemukan hanyut pada kedudukan empat batu nautika barat Pulau Pemanggil di sini, Isnin lepas, selepas kapal kargo dinaiki mereka mengalami kerosakan enjin utama.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Mersing Komander Maritim Suhaizan Saadin berkata mangsa yang dikenali sebagai Darman, 42, Murhairi, 57, Agus Mustafa, 25, dan Suhandri, 22, nekad untuk terjun daripada kapal itu, sebelum hanyut sejauh 110 batu nautika dari perairan Tanjung Pinang, Indonesia.

Beliau berkata terdahulu, pihaknya menerima maklumat terdapat satu kapal mencurigakan hanyut berhampiran perairan pulau berkenaan dan bot Perkasa 44 yang sedang melakukan rondaan telah diarah untuk melakukan pemantauan dan pemeriksaan.

“Kapal tersebut mulai hanyut pada Sabtu (12 Ogos) lepas kira-kira 6 petang dan mereka bertindak terjun kerana telah hanyut beberapa hari dalam keadaan cuaca buruk dan ombak kuat tanpa sebarang bantuan dan komunikasi, setelah terputus hubungan.

“Susulan itu, kita segera mengkoordinasikan Op Carilamat dengan mengarahkan bot ronda ke lokasi mangsa diselamatkan serta menghubungi komuniti maritim yang berada berdekatan untuk memberi bantuan awal kepada mangsa,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Suhaizan berkata kesemua mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan telah dibawa ke jeti Pasukan Polis Marin Mersing dan diserahkan kepada pihak Zon Maritim Mersing bagi tindakan selanjutnya.

“Kesemua mereka akan dihantar pulang ke jeti asal di Tanjung Pinang, Indonesia apabila proses dokumentasi dengan pihak kedutaan Indonesia dan proses baik pulih enjin kapal terbabit selesai dilakukan.

“Kita juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada komuniti maritim khasnya penduduk pulau yang bertindak pantas dalam memberikan bantuan awal kepada mangsa terlibat,” katanya. – 17 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

Cycling body seeks common ground as Beasley row escalates

Amarjit calls for dialogue with Beasley, says federation and NSC working to resolve talent pipeline concerns amid growing unease among coaches

Malaysia must remain firm against Jho Low’s US pardon bid: Gobind

DAP chairman emphasises that all individuals linked to the 1MDB scandal must be held accountable without exception

Morocco wants KL court to declare cult leader Mawla Amin not Prophet’s descendant

Kingdom’s statement of claim says his activities in Malaysia have tarnished its image

Related