◉ HEADLINES

Kotak perakam suara kokpit pesawat terhempas ditemui, semua 10 mayat dibawa ke HTAR

Kotak CVR itu ditemui pada jam 10.20 malam tadi semasa operasi mengesan baki cebisan mayat mangsa nahas di lokasi kejadian

12:17 AM MYT

 

SHAH ALAM – Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) sudah menemui kotak perakam suara kokpit (CVR) daripada pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas berdekatan Bandar Elmina, Shah Alam, petang tadi.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, kotak CVR itu ditemui pada jam 10.20 malam tadi semasa operasi mengesan baki cebisan mayat mangsa nahas di lokasi kejadian.

Katanya, kotak CVR itu kemudian dibawa BSKU ke makmal untuk tindakan susulan.

“CVR ini adalah sebahagian daripada komponen kotak hitam dan ia ditemui pada jam 10.20 malam tadi, manakala satu lagi komponen iaitu perakam data penerbangan (FDR) masih belum ditemui.

“Siasatan ke atas dakwaan kegagalan enjin pesawat itu juga sedang dijalankan oleh pihak berkuasa yang berkaitan,” katanya pada sidang media di lokasi nahas, malam ini.

Dalam pada itu, Hussein berkata, pencarian dan pemprosesan bagi fasa pertama sudah selesai pada jam 10.30 malam tadi dengan 10 mayat dan lima lagi bungkusan cebisan badan yang terpisah ditemui.

“Semua mayat dan cebisan itu dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang bagi proses bedah siasat dan pengecaman,” katanya.

Beliau berkata, proses bedah siasat dijangka selesai tengah hari esok.

Katanya, proses pencarian fasa kedua diteruskan malam ini untuk mencari jika masih ada mayat yang tertinggal.

“Pada masa ini operasi mencari semua mayat selesai dijalankan, namun akan bersambung sekiranya masih ada anggota tubuh badan atau cebisan mayat yang hilang,” katanya.

Dalam kejadian pada jam 2.50 petang tadi, 10 lelaki disahkan maut selepas pesawat ringan dalam perjalanan dari Langkawi menuju ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) terhempas dekat Bandar Elmina di sini.

Lapan yang maut adalah penumpang dan dua kru pesawat, manakala dua lagi adalah seorang pemandu kereta dan penunggang motosikal yang melalui kawasan itu ketika pesawat terhempas.

Dalam tragedi itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelangai, Datuk Seri Johari Harun antara individu yang disahkan berada dalam pesawat Beechcraft 390 (Premier 1) itu. – 18 Ogos, 2023

Topics

 

◉ Hangat

79 candidates to fight for 28 seats in Melaka polls

Besides notable incumbents defending their seats such as Melaka CM Datuk Seri Ab Rauf Yusoh and Melaka Pakatan chief Adly Zahari, the Prime Minister’s political secretary Datuk Azman Abidin will contest his maiden election in Paya Rumput

MCA gets four seats in Melaka polls, predicts tough fight in DAP strongholds

Initially given two seats, last-minute negotiations within Barisan Nasional now lands MCA with the staunchly DAP seats of Kota Laksamana and Bandar Hilir

Red Bull’s Acosta wins MotoGP Sprint, Ducati Lenovo’s Marquez second

Third on the podium is Italian rider Marco Bezzecchi of Aprilia Racing

◉ Related