HEADLINES

Kafe diboikot, Mukarami Coffee nafi ada pertalian parti politik

Tindakan boikot dibuat selepas seorang pempengaruh popular yang condong menyokong parti pembangkang, mengaku sebagai pemilik baharu Mukarami Coffee di Seksyen 13, Shah Alam dan USJ 21.

3:44 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pengurusan kafe makanan Mukarami Coffee di Shah Alam dan USJ 21, hari ini menjelaskan pihaknya tidak mempunyai sebarang pertalian dengan mana-mana parti politik, pertubuhan atau orang persendirian.

Menerusi satu kenyataan hari ini, pemilik kafe itu membuat pencerahan mengenai status pemilik café terbabit selepas terdapat saranan daripada beberapa pihak untuk memboikot Mukarami Coffee di media sosial.

Difahamkan tindakan boikot dibuat selepas seorang pempengaruh popular yang condong menyokong parti pembangkang, mengaku sebagai pemilik baharu Mukarami Coffee di Seksyen 13, Shah Alam dan USJ 21.

Ia mengakibatkan isu tersebut tular di media sosial. Bagaimanapun pun ia hanya kerjasama dan untuk tujuan promosi sahaja.

“Kekeliruan muncul akibat kerjasama yang dijalankan dengan beberapa pempengaruh media sosial tempatan pada Julai lalu untuk mempromosi pembukaan baharu cawangan kedai ini.

“Kerjasama dan kandungan yang dicipta bagi tujuan promosi itu hanyalah hiburan ringan. Mukarami Coffee tidak mempunyai sebarang pertalian dengan mana-mana parti politik, pertubuhan atau orang persendirian.

“Sebagai syarikat kecil, berkecuali, halal dan 100 peratus milik Bumiputera, para pemiliknya bersikap non-partisan.

“Kami juga mengesahkan hakmilik syarikat dipegang sepenuhnya oleh pihak keluarga tanpa sebarang pegangan pihak luar atau mana-mana pempengaruh,” katanya.

Sebelum ini seorang pempengaruh dengan nama Dd Chronicle pernah memuat naik status di media sosialnya memaklumkan adalah pemilik baharu kedai makan terbabit.

Pempengaruh itu popular dengan video parodi isu semasa serta politik selain secara terbuka menunjukkan sokongan kepada Perikatan Nasional (PN) malah hadir menyokong calon PN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Jaras pada penamaan calon Pilihan Raya Negeri lalu. – 20 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

It’s not Big Tobacco, but Big Pharma that’s behind vape ban push: industry leader

Move president warns of harm to public health and legal vape industry if proposed nationwide ban goes ahead

My candidacy not because of ‘close ties’ with Syed Saddiq: Abe Lim

Muda’s Bandar Utama candidate Abe Lim has brushed aside speculation that she was fielded as a candidate due to rumours of her “close ties” with party president Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Related