HEADLINES

Hairul Azreen umum bersara, ‘Allah dah bagi saya macam-macam melainkan…’

Pengumuman itu dibuat sewaktu Hairul menjadi tetamu di radio Era pagi tadi menerusi segmen 3 Pagi Era

12:15 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pelakon popular, Hairul Azreen membuat kejutan apabila mengumumkan akan bersara dari dunia lakonan dan Malbatt Misi Bakara adalah filem terakhirnya.

Pengumuman itu dibuat ketika Hairul atau nama lengkapnya Hairul Azreen Idris, 35, menjadi tetamu di stesen radio Era menerusi slot 3 Pagi Era, pagi tadi.

Menurut Hairul, dia sudah mencapai banyak perkara dalam hidupnya sebagai seorang anak seni dan kini hanya mahu meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga.

“Saya Hairul Azreen, saya nak umumkan bahawa saya nak berhenti berlakon sebab saya dah buat semua benda.

“Saya mula sebagai pelakon lagak ngeri. Kemudian saya jadi pelakon filem. Allah makbulkan doa saya untuk jadi pelakon filem aksi.

“Filem saya seperti Paskal telah membuatkan ramai orang jadi tentera. Filem Malbatt Misi Bakara Insha-Allah merupakan filem terakhir saya” katanya.

Pengumuman tersebut turut mengejutkan penyampai segmen 3 Pagi Era iaitu Azad Jasmin, Radin, Linda Onn dan Halim Othman dan beranggapan dia hanya bergurau.

Pengumuman Hairul Azreen turut mengejutkan penyampai segmen 3 Pagi Era iaitu Azad Jasmin, Radin, Linda Onn dan Halim Othman. – Gambar GSC, Instagram Era, 21 Ogos, 2023

“Allah dah bagi saya macam-macam, melainkan saya adalah manusia yang tak reti bersyukur. Saya pernah kerja di belakang tabir, menjadi pelabur, menjadi pengarah, penerbit dan macam-macam saya dah lalui. Biarlah saya akhiri perjuangan saya dengan sebuah filem yang membanggakan saya iaitu Malbatt Misi Bakara.

“Ada orang yang tak sempat nak tengok mak bapa dia sebab sibuk dengan kerja. Ada orang tak sempat nak tengok anak-anak dia membesar. Alhamdulillah ibu bapa saya masih ada. Saya pernah baca kisah Radin bersama arwah ibunya. Saya buat kajian untuk diri saya dan keluarga. 

“Jika saya terlibat dengan filem, saya harus berikan komitmen, Saya fokus buat badan seminggu enam hari. Pagi petang siang malam, tahu-tahu anak saya dah besar. Tahu-tahu mereka dah ke sekolah. Jadi saya rasa saya dah puas dengan apa yang saya ada sekarang”, katanya.

Tambah Hairul lagi, keputusannya untuk berhenti berlakon turut disokong isterinya, Hanis Zalikha yang juga sudah lama meninggalkan dunia lakonan untuk fokus kepada keluarga dan perniagaannya.

Nama Hairul Azreen mula mencuri tumpuan selepas dia menjuarai program Fear Factor Selebriti Malaysia pada tahun 2012.

Bagaimanapun namanya mula meniti di bibir peminat filem tempatan selepas membintangi filem Paskal pada 2018 yang berjaya meraih kutipan pecah panggung sebanyak RM30 juta. –  21 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

Harimau Malaya is TMJ’s vision: CEO

Rob Friend describes Johor Crown Prince as 'the visionary' behind Harimau Malaya’s heritage player initiative

MCMC recorded nearly 9,500 reports on cyberbullying in the last three years

Online scams are just behind with 9,321 complaints; 143 reports on child sexual content

Horror at Bangkok shopping mall as two Malaysians set on fire in unprovoked attack

A Thai man set fire to the tourists after dousing them with paint thinner, with bystanders quickly intervening to restrain him

Related