◉ HEADLINES

SPR adakan mesyuarat khas Khamis ini tentukan tarikh penting PRK DUN Pelangai

PRK terbabit diadakan berikutan kekosongan luar jangka kerusi DUN itu, susulan kematian penyandangnya, Datuk Seri Johari Harun

6:59 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas pada Khamis ini, bagi membincangkan tarikh penting pelaksanaan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, Pahang.

Setiausahanya, Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, ia berikutan kekosongan luar jangka kerusi DUN itu, susulan kematian penyandangnya, Datuk Seri Johari Harun pada 17 Ogos lalu. 

Beliau berkata, SPR sudah menerima pemakluman rasmi daripada Yang Dipertua Dewan Negeri Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berhubung kekosongan luar jangka kerusi DUN Pelangai. 

“Mesyuarat khas tersebut di mana tarikh penting PRK Pelangai seperti tarikh writ pilihan raya, hari penamaan calon, hari pengundian, daftar pemilih yang akan digunakan dan lain-lain persiapan bagi melaksanakan pilihan raya terbabit akan dibincangkan,” katanya.

Ikmalrudin berkata, mesyuarat khas berkenaan akan dipengerusikan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh dan sidang media diadakan sejurus selepas mesyuarat khas terbabit.

“Selaras dengan Bab IV Perkara 26 (5) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Pahang sudah memperuntukkan yang kekosongan luar jangka kerusi Dewan Negeri N 36 Pelangai, Pahang, perlu diisi dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan kerusi tersebut dipastikan SPR,” katanya.

Allahyarham Johari adalah seorang daripada 10 mangsa nahas pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina, Shah Alam. Jenazah Johari selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah Fasa 2, Gombak, Selangor, semalam. – BERNAMA, 21 Ogos, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Govt to raise alcohol excise duty by 10% from November 2025, tobacco taxes also up: Anwar

Prime Minister says the move, announced under Budget 2026, aims to promote healthier lifestyles and reduce access to alcohol and tobacco, with additional revenue channelled to the Health Ministry

Sunway-IJM proposed merger to create mega construction firm

However, the deal may put focus on Bumiputera, national interests

MMA wants RM50 minimum for GP consultation fees, says RM10 ‘not enough’

Association says two-decade-old rate makes private practice unsustainable and fails to reflect doctors’ true value

◉ Related