HEADLINES

Persiapan Hari Kebangsaan baik, negeri diharap guna logo, tema sambutan sama: Fahmi

Beberapa menteri besar yang menyatakan kesediaan bagi menggunakan logo serta tema sambutan yang sama di peringkat negeri

7:17 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Ketika persiapan bagi kemuncak sambutan Hari Kebangsaan 2023 di Putrajaya pada 31 Ogos ini berjalan baik, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berharap semua negeri menggunakan tema serta logo sambutan yang sama seperti diperkenalkan Kerajaan Persekutuan.

Katanya beliau telah menerima respons beberapa menteri besar yang menyatakan kesediaan bagi menggunakan logo serta tema sambutan yang sama di peringkat negeri.

“Semua negeri (diharap) turut serta guna tema sama, ini harapan kita. Masa berpolitik telah tamat, pilihan raya negeri (PRN) telah selesai.

“Satu ketika dahulu, kita kibarkan bendera parti, sekarang kita kibarkan bendera Malaysia. Ini tujuan kita, tugasan kita untuk rapatkan silaturahim, eratkan hubungan sesama kita dan pupuk perpaduan,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) di sini hari ini.

Mei lepas, Fahmi mengumumkan “Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan” sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, dan mengangkat Malaysia MADANI sebagai logo rasmi.

Sabtu lepas Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN) Ahmad Fadhli Shaari dalam satu siang media mencadangkan supaya kerajaan negeri Kelantan, Kedah, Terengganu, dan Perlis yang berada di bawah pentadbiran PN menggunakan logo dan tema Hari Kebangsaan yang berbeza di peringkat negeri.

Sementara itu Fahmi meminta semua jabatan dan agensi di bawah KKD memainkan lagu ‘Tekad Perpaduan Penuhi Harapan’ yang merupakan lagu tema bagi sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini di premis masing-masing. 

“Ia lagu yang menarik dengan melodi yang baik. Saya harap kerjasama semua agensi untuk mainkan lagu ini sebanyak mungkin,” katanya dan menambah perkara itu akan turut dipanjangkan kepada kementerian lain.

Lagu ‘Tekad Perpaduan Penuhi Harapan’ ciptaan Muhd Affan Mazlan, 23, atau lebih dikenali sebagai Affan Mazlan dan dinyanyikan oleh dua penyanyi popular Aina Abdul dan Khai Bahar, menterjemahkan perasaan dan ekspresi masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa, hidup dalam keharmonian, sehati dan sejiwa sekali gus membarakan perasaan cinta kepada negara.

Fahmi turut meminta warga KKD untuk memastikan aktiviti mengibarkan Jalur Gemilang sepanjang Bulan Kebangsaan dirancakkan bagi menyemarakkan lagi sambutan Hari Kebangsaan 2023. 

“Bersempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, marilah kita semua perbaharui tekad dan rasa cinta dan bersama berganding bahu dan bersatu padu kukuhkan semangat perjuangan menuntut kemerdekaan dan pembentukan negara Malaysia tercinta,” katanya.

Beliau turut meminta pegawai Jabatan Penerangan menasihati mana-mana premis yang dilihat memasang Jalur Gemilang secara tidak betul atau telah rosak untuk menukarkan bendera itu. – 21 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Related