HEADLINES

Akta muzik diwujud dalam tempoh 2 tahun: Fahmi

KKD bersetuju mewujudkan gerak usaha menggubal akta muzik selepas mendapat pandangan pelbagai pihak, termasuk penggiat industri itu

7:57 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil memaklumkan, akta menyeluruh untuk industri muzik akan diwujudkan dalam tempoh dua tahun.

Beliau berkata, memandangkan akta untuk industri muzik masih belum ada, perkara itu perlu diteliti termasuk berkaitan aspek mengawal selia industri serta pemasaran.

“Kita jangka proses menggubal akta mengambil masa, namun ada usaha mendampingi, membantu dan menyediakan beberapa dasar sesuai serta manfaat dan menepati keperluan industri muzik akan diusahakan,” katanya.

Fahmi berkata demikian kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) di sini, hari ini.

KKD, katanya, bersetuju mewujudkan gerak usaha menggubal akta muzik selepas mendapat pandangan pelbagai pihak, termasuk penggiat industri itu.

Menurutnya, dalam sesi dialog awam MyCreative Ventures bersama penggiat industri muzik sebelum ini, antara isu dibangkitkan ialah usaha membawa produk kreatif tempatan ke peringkat antarabangsa.

Selain itu, Fahmi berkata, akta berkenaan tidak membabitkan royalti penggiat muzik kerana isu terbabit, diselia Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup.

“Kita masih di peringkat awal, jadi sukar untuk saya sebut apa bentuknya nanti, tapi kita terima cadangan beberapa pihak, sebagai contoh mewujudkan satu badan yang dapat mengawal sedia industri muzik,” katanya.

Ujarnya, ada berpandangan fokus untuk badan yang dapat mengawal selia atau membantu industri muzik adalah ke arah mengasah bakat, membantu aspek pemasaran dan memastikan pertumbuhan ekosistem mampan.

Setakat 2022, katanya, MyCreative berjaya membangunkan lebih 10,000 individu dan perniagaan kreatif serta menyokong lebih 30,000 kerja dalam industri kreatif, melalui saluran dana sebanyak RM447.7 juta dan pinjaman berjumlah RM558.45 juta sudah diluluskan.

Malah, beliau berkata, sejak penubuhannya sehingga kini, MyCreative mengangkat pelbagai bentuk seni dan penggiat kreatif melalui pelaburan strategik serta inovatif, selain penyediaan platform dinamik.

Pada majlis itu, Fahmi menyampaikan Dana Kandungan Digital (DKD) sehingga RM50,000 kepada 10 individu yang mencipta lagu bertemakan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia atau lagu patriotik, bertemakan kenegaraan dalam pelbagai jenis muzik serta genre. Mereka disenarai pendek daripada sejumlah 53 permohonan diterima selepas melalui proses saringan ketat. – 21 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

10 filem patriotik pasukan beruniform tanah air ini wajib ditonton!

Harus diakui bahawa Malaysia masih lagi kekurangan filem-filem bergenre kenegaraan yang mampu membangkitkan semangat nasionalisme dan jiwa patriostisme rakyat terhadap negara yang berjaya bebas dari cengkaman penjajah sejak 66 tahun lalu

Related