◉ HEADLINES

Penjawat awam wajib pakai batik Malaysia setiap Khamis

Pemakaian pakaian itu pada hari bekerja lain turut digalakkan

4:12 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Semua penjawat awam diwajibkan untuk memakai pakaian batik Malaysia setiap Khamis, manakala pemakaiannya pada hari bekerja lain turut digalakkan.

Peraturan itu berkuat kuasa semalam sebagaimana dinyatakan dalam surat edaran “Pemakaian Pakaian Batik Malaysia Semasa Waktu Bekerja Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan” bertarikh hari sama yang ditandatangani Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Datuk Zulkapli Mohamed.

Menurut surat edaran itu, ketetapan pemakaian batik itu dikecualikan bagi pegawai yang dibekalkan pakaian seragam atau menghadiri majlis rasmi dengan ketetapan kod pakaian tertentu.

“Pemakaian batik Malaysia oleh pegawai perkhidmatan awam sudah dilaksanakan semenjak 1985.

“Bagi meneruskan sokongan kepada industri batik Malaysia dan memastikan ia kekal sebagai warisan dan lambang identiti rakyat negara ini, kerajaan bersetuju agar semua pegawai awam diwajibkan memakai pakaian batik Malaysia pada setiap hari Khamis dan digalakkan pemakaiannya pada hari bekerja yang lain,” katanya.

Surat itu yang dimuatnaik di Facebook rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) hari ini, turut diedarkan kepada semua perkhidmatan awam negeri, pihak berkuasa berkanun dan pihak berkuasa tempatan.

Melalui ketetapan baharu itu, maka Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2021 mengenai Pemakaian Pakaian Batik Malaysia bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan adalah dibatalkan.

Semakan terhadap Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2021 menyatakan pemakaian batik Malaysia pada setiap Khamis adalah digalakkan. – 22 Ogos, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Malaysia Cup: JDT defy red card drama to seal historic treble treble

Arif Aiman strikes late winner as JDT overcome early setback and a red card to clinch 2-1 victory over Sri Pahang

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Six foreign players max on matchday under new MFL rule

Set to start in 2025-2026 M-League season, new quota reflects MFL’s commitment to strengthening national squad, ensuring clubs spend within their means

◉ Related