◉ HEADLINES

‘Ini bukan soal saya menyibuk, ia tanggungjawab BSKU, mesti dilapor kepada Menteri Pengangkutan’

Anthony menegaskan, siasatan dikendalikan BSKU, bukan CAAM dan ia dua unit berbeza

1:05 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menjelaskan pengurusan dan pengendalian kemalangan udara adalah terletak di bawah tanggungjawab Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU), bukan Lembaga Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).

Beliau berkata, siasatan berhubung kemalangan udara juga tidak terletak sepenuhnya kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan mana-mana pihak berkuasa.

Katanya, sebagai Menteri Pengangkutan, beliau sememangnya mempunyai kaitan secara langsung dengan kes kemalangan udara, terutama ia membabitkan keselamatan berhubung pengangkutan, termasuk kejadian pesawat ringan terhempas di Lebuhraya Guthrie, berhampiran perumahan Bandar Elmina, Shah Alam, baru-baru ini.

“Saya nak jawab juga ada pertanyaan mengapa Menteri Pengangkutan sibuk, ini bukan soal sibuk, ini soal tanggungjawab, nyawa manusia dan keselamatan.

“Tugas hakiki apabila terdapat kemalangan udara terletak di bahu BSKU, dia lapor terus kepada Menteri Pengangkutan, jadi itu dalam struktur pentadbiran penerbangan kita.

“Siasatan bukan dibuat CAAM, malah tidak terlibat dalam siasatan kerana yang buat siasatan itu BSKU, ia dua unit berbeza,” katanya.

Anthony berkata, CAAM bertanggungjawab dari segi standard keselamatan dan protokol keselamatan.

“Tapi, apabila berlakunya kemalangan udara, ia ada biro lain yang akan ambil alih tanggungjawab tersebut.

“Jadi yang melaporkan kepada saya ialah ketua BSKU, bukannya Kapten Norazman Mahmud (Ketua Pegawai Eksekutif CAAM CEO) dalam perkara ini, jadi itu perlu difahami orang ramai bahawa ada tugas hakiki yang terletak di bawah unit khas,” katanya.

Insiden pesawat ringan jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) terhempas yang dilaporkan berlaku pada 17 Ogos, kira-kira jam 2.40 petang itu, mengorbankan 10 individu, iaitu lapan individu dalam pesawat serta dua orang awam.

Turut terkorban, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai yang juga exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar Dan Teknologi Hijau Pahang, Datuk Seri Johari Harun.

Mangsa lain adalah Shahrul Kamal Roslan, 41, yang juga juruterbang; Heikal Aras Abdul Azim, 45, (pemandu juruterbang) dan lima penumpang, iaitu Muhammad Taufik Mohd Zaki, 37, Khairil Azwan Jamaludin, 43, Shaharul Amir Omar, 49, Mohammad Naim Fawwas Mohamed Muaidi, 35, serta Idris Abdul Talib @ Ramali, 41, manakala dua orang awam terbabit adalah penunggang p-hailing Muhammad Hafiz Muhammad Salleh, 32, serta pemandu e-hailing, Sharipudin Shaari, 51. – 23 Ogos 2023

Topics

 

◉ Hangat

FIFA slams FAM: Forged documents, fines and 12-month suspension rattles Malaysian football

World football’s governing body has sanctioned the Football Association of Malaysia (FAM) and seven naturalised players for using falsified documents to secure eligibility in the Asian Cup qualifier against Vietnam in June

Axelsen confirms split from wife, just over a week after World Championships withdrawal

The Dane revealed the news on social media on Tuesday evening, saying the decision to part ways was made on amicable terms

Ex-national basketball player arrested for alleged sexual harassment against students

Cheras top cop confirms source's claims, says 36-year-old suspect also has multiple simillar reports lodged against him before; source questions why MoE allowed him to teach

◉ Related