HEADLINES

Zikir di Makam Tok Kenali: Kumpulan terhenjut-henjut tu orang luar, bukan Kelantan

'Ya benar, kena siasat dulu sebelum menghukum orang Kelantan atau memburukkan Kerajaan Negeri Kelantan atau pihak berwajib negeri ini': Abu

8:06 AM MYT

 

KUALA LUMPUR — Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama PAS kawasan Machang, Abu Luthfi Al-Riauwi berkata kumpulan yang melakukan zikir secara luar biasa di Makam Tok Kenali, di Kota Bharu, baru-baru ini, bukan berasal dari negeri itu.

Sebaliknya, kata Abu, kumpulan itu adalah orang luar.

Beliau turut meminta supaya siasatan dijalankan sebelum menghukum orang Kelantan atau memburukkan negeri itu pihak berwajib.

“Ya benar, kena siasat dulu sebelum menghukum orang Kelantan atau memburukkan Kerajaan Negeri Kelantan atau pihak berwajib negeri ini.

“Siapa sebenarnya kumpulan yang terhenjut henjut itu?? Jawabnya ianya datang dari luar Kelantan,’’ katanya menerusi hantaran di dalam Facebooknya.

Baru-baru ini tular video sekumpulan individu sedang berzikir dengan cara yang agak luar biasa sehingga menimbulkan perbahasan hebat di media sosial mengenai kewajaran amalan berkenaan.

Ia mencetuskan kebimbangan di kalangan warganet dan meminta supaya pihak berkuasa menyiasat segera perkara berkenaan.

Abu bagaimanapun berkata, umat Islam wajib menjauhi amalan yang menyalahi ajaran Nabi Muhammad dan tidak melakukan amalan pelik.

”Jangan buat amalan pelik-pelik. Kelantan kita ada undang-undang syariah. Jangan sebarangan nak buat benda yang karut marut atau syubhat yang mendatangkan fitnah.

“Nak ziarah kubur, ziarah lah dengan mengikuti Sunnah Nabi. Jangan buat ritual sendiri seperti yang tersebar luas dalam video ini. Jangan salah paham maksud ziarah kubur. Jangan buat pahaman sendiri,’’ katanya.

Dalam pada itu menerusi sebuah video yang tular di media sosial, pengerusi Pondok Tok Kenali, Ustaz Hafiz Hukmi meminta orang ramai tidak  melakukan amalan yang khilaf dari segi agama, bimbang menjadi fitnah.

“Ini bukan ajaran Tok Kenali,’’ katanya. – 23 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

Is hibah still a safe option if courts can reverse it?

After court overturned a RM1 million takaful hibah, sparking confusion and concern among policyholders and the public, experts stress that it remains relevant if done properly

Selangor, KL, and Putrajaya face water price hike, but minimum charge unchanged: Amirudin

The Selangor Menteri Besar confirms an increase in water tariffs for higher consumption levels, while the minimum charge for domestic users remains at RM6.50

TMJ slams ‘politically motivated’ FIFA ban on Malaysian players

Johor regent says FIFA’s sanctions against seven naturalised players were based on “misapplied laws” and driven by hidden agendas

Related