◉ HEADLINES

Agenda tatakelola akan diteruskan, faktor penting hapuskan ketirisan dan pembaziran: Anwar

'Memandangkan trend jenayah kewangan yang semakin kompleks, saya arahkan kesepaduan dan kerjasama agensi kerajaan dengan lebih proaktif dan efektif' : Anwar

10:12 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata agenda untuk meningkatkan tatakelola akan diteruskan kerana ia merupakan faktor penting dalam menghapuskan ketirisan dan pembaziran, menarik pelaburan, meningkatkan persekitaran perniagaan selain menjaga keselamatan rakyat serta sempadan negara.

Menurut Perdana Menteri, beliau memberikan penekanan itu kerana dianggarkan negara mengalami kerugian hasil sebanyak RM5 bilion setahun manakala jenayah kewangan yang menyumbang kepada ekonomi bayangan menyebabkan kehilangan hasil cukai yang dianggarkan sebanyak RM70 bilion setahun.

“Memandangkan trend jenayah kewangan yang semakin kompleks, saya arahkan kesepaduan dan kerjasama agensi kerajaan dengan lebih proaktif dan efektif.

“Amalan perundangan berkaitan pengurusan aset yang disita dan dilucut hak akan ditambah baik sejajar dengan tadbir urus terbaik antarabangsa,’’ katanya menerusi hantaran di dalam Facebook beliau.

Anwar turut memaklumkan beliau telah mengadakan pertemuan dengan ketua jabatan dan agensi penguatkuasa yang berhubungan dengan jenayah kewangan petang tadi.

Ia adalah susulan daripada pertemuan pada 17 Ogos lalu dan sesi dialog berkenaan dihadiri oleh 22 ketua jabatan serta agensi penguatkuasa.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata NFCC perlu menambahbaik operasi pemantauan untuk memastikan usaha ini terus dipertingkatkan.

Beliau turut merakamkan perhargaan kepada semua agensi yang bertungkus lumus memerangi dan menumpaskan jenayah.

“Saya juga menyeru kerjasama dan penglibatan rakyat untuk turut serta dalam usaha ini. Adalah menjadi harapan besar buat saya dan seluruh rakyat Malaysia agar kesemua warga dan anggota agensi untuk meneruskan usaha murni ini dan melaksanakan amanah dengan penuh integriti demi mengangkat martabat negara,’’ katanya. – 23 Ogos, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

OCM in the spotlight again: Skechers collab draws flak after brand linked to Israel

With shoe sponsorship amounting to almost RM200,000, Datuk Nazifuddin Najib says sports should be free from any agenda as the aim is to provide comfort to athletes

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

◉ Related