◉ HEADLINES

35 mangsa scam di Johor rugi lebih RM2.2 juta dalam tempoh enam hari

Sindiket ini akan menghubungi mangsa dan menyatakan mangsa terlibat dengan kegiatan menyalahi undang-undang dan akaun bank mereka akan dibekukan

9:29 AM MYT

 

JOHOR BAHRU – Sejumlah 35 mangsa kes penipuan penyamaran dalam talian atau ‘phone scam’ dan penipuan pelaburan tidak wujud melibatkan kerugian lebih RM2.2 juta dilaporkan dalam tempoh enam hari di Johor.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, sebanyak 22 kertas siasatan dibuka bagi ‘phone scam’ dengan kerugian keseluruhan bernilai RM1.438 juta.

Beliau berkata 13 kertas siasatan pula dibuka bagi kes pelaburan tidak wujud melibatkan mangsa berusia dalam lingkungan 35 hingga 80 tahun dengan kerugian sebanyak RM808,564 dalam tempoh sama.

Katanya, dua daripada kes berkenaan mencatatkan kerugian melebihi RM200,000 melalui tawaran pelaburan menerusi laman Facebook.

”Kebanyakan mangsa ‘phone scam’ berusia antara 40 hingga 60 tahun daripada pelbagai kategori pekerjaan mengalami kerugian antara RM2,000 hingga RM284,831,” katanya dalam kenyataan, di sini, malam ini.

Beliau berkata tiga daripada 22 kes ‘phone scam’ mencatatkan kerugian melebihi RM200,000 menerusi penyamaran sebagai anggota polis dan pegawai bank.

“Kes penyamaran dalam talian ini kebiasaannya menyamar sebagai pihak penguatkuasa termasuk PDRM dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta beberapa agensi lain termasuk syarikat penghantar.

“Sindiket ini akan menghubungi mangsa dan menyatakan mangsa terlibat dengan kegiatan menyalahi undang-undang dan akaun bank mereka akan dibekukan, seterusnya ditangkap.

“Panggilan ini akan disambung ke agensi berlainan dan menawarkan penyelesaian kes dengan mangsa perlu membuat sejumlah bayaran atau memindahkan wang ke dalam akaun atas alasan untuk siasatan dan wang akan dikembalikan.

“Seterusnya, mangsa yang panik dan takut akan ikut arahan dan sedar ditipu selepas suspek gagal dihubungi,” katanya. – 24 Ogos, 2023

Topics

 

◉ Hangat

79 candidates to fight for 28 seats in Melaka polls

Besides notable incumbents defending their seats such as Melaka CM Datuk Seri Ab Rauf Yusoh and Melaka Pakatan chief Adly Zahari, the Prime Minister’s political secretary Datuk Azman Abidin will contest his maiden election in Paya Rumput

MCA gets four seats in Melaka polls, predicts tough fight in DAP strongholds

Initially given two seats, last-minute negotiations within Barisan Nasional now lands MCA with the staunchly DAP seats of Kota Laksamana and Bandar Hilir

Binance pours US$6.3b to plug 90% of massive cyber heist as regulators circle

Crypto titan Binance has deployed over US$6.3 billion of its own reserves to absorb a colossal cyberattack, pledging full restitution as global securities watchdogs ramp up scrutiny

◉ Related