◉ HEADLINES

Enam muka baharu antara 10 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan angkat sumpah

Exco baharu itu adalah Datuk Seri Jalaluddin Alias (Exco Kanan), Noorzunita Begum Mohd Ibrahim, Datuk Ismail Lasim, Mustapha Nagoor, Datuk Mohd Faizal Ramli dan Tengku Zamrah Tengku Sulaiman

11:47 AM MYT

 

KUALA PILAH – Sepuluh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Negeri Sembilan bagi penggal ke-15 mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir hari ini.

Istiadat Penyerahan Watikah Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan itu bermula 10.15 pagi di Istana Besar Seri Menanti di sini.

Turut berangkat ke istiadat itu ialah Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud dan Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz.

Hadir sama, Undang Luak Sungai Ujong Datuk Klana Petra Datuk Mubarak Dohak, Undang Luak Jelebu Datuk Mendika Menteri Akhirulzaman Datuk Maarof Mat Rashad, Undang Luak Johol Datuk Johan Pahlawan Lela Perkasa Setiawan Datuk Muhammed Abdullah

Selain itu, Undang Luak Rembau Datuk Lela Maharaja Datuk Muhamad Sharip Othman dan Tunku Besar Tampin Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus Al-Qadri.

Pada majlis hari ini, Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun memaklumkan senarai Exco yang telah mendapat perkenan Tuanku Muhriz, terdiri daripada enam muka baharu dan empat ADUN dilantik kembali ke jawatan itu.

Exco baharu itu adalah Datuk Seri Jalaluddin Alias (Exco Kanan), Noorzunita Begum Mohd Ibrahim, Datuk Ismail Lasim, Mustapha Nagoor, Datuk Mohd Faizal Ramli dan Tengku Zamrah Tengku Sulaiman.

Sementara Exco yang dilantik semula ialah Teo Kok Seong, Nicole Tan, J. Arul Kumar dan S. Veerapan.

PRN Negeri Sembilan pada 12 Ogos lepas menyaksikan gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) berjaya membentuk kerajaan negeri selepas mendapat 31 kerusi iaitu 17 kerusi PH dan 14 kerusi BN, manakala Perikatan Nasional (PN) memenangi lima kerusi. – 24 Ogos, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Bangsar bars warn of 20% price hike as new alcohol tax looms

Bar owners say the upcoming 10% excise duty under Budget 2026 could squeeze margins, drive drinkers to cheaper alternatives, and push small operators to the brink

◉ Related