◉ HEADLINES

Kampung Orang Asli Tonggang bakal dapat Starlink: Anwar

Ia akan dilaksanakan melalui projek Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) sebagai usaha membantu rakyat dalam mendapatkan kemudahan jaringan internet yang baik

6:49 PM MYT

 

IPOH – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluluskan pemasangan perkhidmatan Internet satelit Starlink di Kampung Orang Asli Tonggang, Ulu Kinta dekat sini. 

Anwar berkata beliau akan meminta Kementerian Komunikasi dan Digital melalui Menterinya Fahmi Fadzil memastikan penduduk kampung itu mendapat akses Internet.

“Apabila saya turun ke sini hari ini, kualiti jaringan Internet sedia ada hampir tiada sedangkan ada 435 penduduk yang tinggal di sini dan jika ada boleh dihantar satu kit Starlink ke sini kelak.

“Penggunaan Starlink ini sebagai penyelesaian sementara dan ia akan diselesaikan segera agar penduduk di sini dapat menikmati jaringan internet yang stabil,” kata beliau ketika berucap pada program Lawatan Kerja Bersama Penduduk Orang Asli Kampung Tonggang di sini hari ini.

Anwar berkata ia akan dilaksanakan melalui projek Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) sebagai usaha membantu rakyat dalam mendapatkan kemudahan jaringan internet yang baik. 

Perdana Menteri turut mengumumkan kelulusan peruntukan bagi menambah baik jalan raya ke kampung itu yang memerlukan pembaikan segera melalui Pejabat Daerah dan Tanah Kinta. 

Beliau berkata kerajaan turut meluluskan peruntukan RM400,000 untuk pembinaan blok bangunan baharu Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Tanjung, Kampung Tonggang.

“Saya telah tanya kepada Pengarah Pendidikan Negeri dan mereka menunggu kelulusan tanah daripada kerajaan negeri dan kita harapkan ia dapat disegerakan.

“Bajet ini dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan, jadi telah diluluskan RM400,000 namun jika tidak mencukupi maka saya akan tambah,” kata beliau. – 24 Ogos, 2023

Topics

 

◉ Hangat

79 candidates to fight for 28 seats in Melaka polls

Besides notable incumbents defending their seats such as Melaka CM Datuk Seri Ab Rauf Yusoh and Melaka Pakatan chief Adly Zahari, the Prime Minister’s political secretary Datuk Azman Abidin will contest his maiden election in Paya Rumput

MCA gets four seats in Melaka polls, predicts tough fight in DAP strongholds

Initially given two seats, last-minute negotiations within Barisan Nasional now lands MCA with the staunchly DAP seats of Kota Laksamana and Bandar Hilir

Red Bull’s Acosta wins MotoGP Sprint, Ducati Lenovo’s Marquez second

Third on the podium is Italian rider Marco Bezzecchi of Aprilia Racing

◉ Related