HEADLINES

PM ucap tahniah pada Qari Malaysia, Qayyim

11:28 AM MYT

 

KUALA LUMPUR — Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) dapat dimanfaatkan untuk meningkatkan kefahaman menerusi mesej yang terkandung dalam kitab suci itu.

“Semoga majlis seperti ini bukan sahaja memuliakan Al-Quran, malah ianya dapat dimanfaatkan untuk meningkatkan kefahaman melalui mesej yang terkandung dalam Al-Quran,” katanya menerusi catatan di dalam Facebooknya hari ini.

Dalam hantaran tersebut, Perdana Menteri turut merakamkan ucapan tahniah kepada Qari Malaysia, Muhammad Qayyim Nizar Sarimi yang dinobat sebagai Johan Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa Tahun 1445H/2023M.

“Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada semua pemenang yang lain dalam majlis istimewa, dengan pengurniaan hadiah daripada Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah,’’ katanya.

Qayyim muncul juara bagi kategori lelaki pada Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) ke-63 dengan catatan markah 94.96 peratus.

Tempat kedua pula dimenangi Alireza Bizhaniavval dari Iran yang memperoleh 93.30 peratus manakala Awang Mohd Zul-Hafiz Awang Tengah dari Brunei Darussalam di tempat ketiga dengan 90.38 peratus.

Bagi kategori qariah, peserta Maghribi Sara Belmamoun muncul johan dengan markah 93.05 peratus, tempat kedua Raudhah Supian Noor dari Indonesia dengan 92.21 peratus manakala peserta Filipina Sabaha Pato Salik di tempat ketiga dengan 91.50 peratus.

Bagi kategori hafazan lelaki, Omar Toure dari Guinea muncul johan dengan markah 98.63 peratus diikuti Maamon Ahmed Raweh Mohammed dari Yaman dengan 97.38 peratus dan tempat ketiga Ali Attia dari Chad (97.07 peratus).

Peserta Algeria Tebani Cheyma Enfal pula muncul johan bagi kategori hafazan wanita dengan markah 96.32 peratus, tempat kedua Ndeye Seynabou Ngom dari Senegal (95.25 peratus) dan ketiga Sidi El Moctar Khadijetou dari Mauritania (94.19). – 25 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

Of Chinese gangs, a M’sian ex-deputy minister, and Burmese rebels: KL event ensnared in Myanmar scam centre?

Human rights group reveals event at JW Marriott for controversial Dongmei Zone, which allegedly sourced billions of ringgit in investments from prominent individuals, and reported by Chinese human trafficking victim to be rife with crime, drugs, brothels

Court orders MYAirline co-founder to repay over RM8mil to investors

Datuk Allan Goh and four associated companies are directed to return funds after failing to meet financial obligations to 15 investors

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Related