◉ HEADLINES

Teguran PM tepat, peruntukan kerajaan hanya ada satu lambang saja: Loke

Teguran Perdana Menteri itu perlu dipatuhi parti dalam gabungan PH-BN dan juga semua menteri

5:44 PM MYT

 

SEREMBAN – Teguran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya penyaluran bantuan kerajaan kepada rakyat tidak boleh disalurkan dengan menggunakan lambang parti adalah tepat dan perlu dipatuhi semua pihak.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata, ini kerana sumbangan bantuan tersebut adalah daripada peruntukan kerajaan.

“Kalau peruntukan kerajaan hanya ada satu lambang iaitu Jata Negara. Sejak dahulu pun apabila saya datang, (penyerahan) replika cek hanya fokus Jata Negara sebab ini peruntukan kerajaan. Memang teguran Perdana Menteri (PM) itu tepat. Apabila PM tegur, ia adalah untuk semua, semua parti, semua menteri,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan cek peruntukan Projek Mesra Rakyat (PMR) berjumlah RM324,668 kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Sheikh Ahmad, di sini, hari ini.

Semalam, Anwar ketika di Johor Bahru menegaskan sebarang bentuk penyaluran bantuan kerajaan kepada rakyat tidak boleh disalurkan atas nama dan lambang parti politik, sebaliknya atas nama kerajaan.

Terdahulu, pada majlis berkenaan, Loke yang juga Ahli Parlimen Seremban berkata, penyerahan peruntukan PMR itu adalah bagi menampung dana pembinaan sebuah dewan terbuka berbumbung untuk kegunaan warga sekolah dan menegaskan hal berkaitan sekolah sentiasa menjadi keutamaannya.

Sementara itu, mengenai Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, Loke yakin Pakatan Harapan (PH) yang bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) akan berupaya mempertahankan kedua-dua kerusi berkenaan.

“Kedua-dua kerusi ini merupakan kerusi campuran, (dan) sudah tentu PH ada kelebihan tambahan pula kita mendapat sokongan daripada Umno Johor selain Johor merupakan kubu Umno selama ini.

“Saya yakin (dengan) bantuan daripada Umno ini, bukan sahaja dapat untuk kita mempertahankan sokongan malah mendapat sokongan daripada pengundi Umno dan BN,” katanya.

PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram yang diadakan susulan kematian penyandangnya  Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub pada 23 Julai lepas, masing-masing menyaksikan pertembungan tiga penjuru membabitkan calon PH, Perikatan Nasional (PN) dan Bebas.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh undi awal pada 5 September, manakala hari pengundian pada 9 September.

Mengenai PRK DUN Pelangai, Pahang, yang diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Seri Johari Harun, dalam nahas pesawat di Bandar Elmina, Shah Alam, Selangor pada 17 Ogos lalu, Loke berkata, PH tidak akan meletakkan calon memandangkan kerusi berkenaan dimenangi BN pada Pilhan Raya Umum ke-15 (PRU-15) lepas.

SPR menetapkan hari pengundian bagi kerusi DUN Pelangai pada 7 Oktober ini manakala tarikh penamaan calon dan pengundian awal masing-masing ditetapkan pada 23 September dan 3 Oktober ini. – 26 Ogos, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Tax breaks in JS-SEZ aimed at driving high value investments to Johor

Finance Ministry and Johor govt target companies in AI, quantum computing supply chain, medical devices, aerospace and global services

Bursa Malaysia breaks 1,680 resistance level at opening but retreats from there

Local bourse has seen positive sentiments from foreign investors recently

PAS to propose new PN chairman after Muhyiddin stepped down, dismisses Pejuang rumours

PAS deputy president Tuan Ibrahim Tuan Man confirms several names will be discussed for the PN leadership, while refuting claims of Pejuang joining the coalition

◉ Related