HEADLINES

SKMM kesal kenyataan TV Pertiwi, ‘siasatan masih dijalankan’

Suruhanjaya itu sudah menjelaskan bahawa sebarang pendedahan berkaitan perkara terbabit, boleh menjejaskan siasatan kes berkenaan

4:33 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kesal dengan kenyataan dikeluarkan TV Pertiwi berhubung isu sekatan dikenakan agensi itu terhadap portal berita berkenaan, memandangkan proses siasatan masih dijalankan.

Menurut SKMM, dalam pertemuan pada 22 Ogos 2023, isu berhubung sekatan ke atas TV Pertiwi dibincangkan.

“SKMM sudah menjelaskan bahawa proses siasatan sedang dijalankan dan sebarang pendedahan berkaitan perkara terbabit, boleh menjejaskan siasatan kes berkenaan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Ujarnya, SKMM kekal teguh dalam menjalankan kewajipannya di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 1998).

“Akta ini bagi menghalang sebarang perlakuan atau percubaan melakukan kesalahan, terutama berkaitan dengan kandungan palsu atau jelik.

“SKMM mengambil tindakan berpandukan AKM 1998,” katanya.

Laman sesawang TV Pertiwi disekat SKMM pada 17 Ogos, dua hari selepas sekatan dikenakan ke atas akaun TikToknya.

Terdahulu, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, walaupun hak kebebasan media dan bersuara dijamin di negara ini, ia tidak bermaksud mana-mana pihak bebas memfitnah serta menyebarkan maklumat palsu dan salah.

Katanya, setakat ini tiada media rasmi dan media yang berdaftar dengan Jabatan Penerangan diambil apa-apa tindakan dan ia adalah jaminan pihaknya. – 27 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

Malaysia breaks 11-year losing streak against Vietnam with impressive 4-0 victory

The national team showed effective teamwork and fast-paced plays that kept their opponents under pressure

Malaysia pulls the plug on Kuwaiti Hornet deal after years of turbulence

RMAF walks away from costly, outdated aircraft amid rising concerns over integration, support, and long-term value

TMJ slams ‘politically motivated’ FIFA ban on Malaysian players

Johor regent says FIFA’s sanctions against seven naturalised players were based on “misapplied laws” and driven by hidden agendas

Related