HEADLINES

Segerakan siasat terperinci kesahihan ‘memo dalaman’ kes Najib – Wan Rosdy

Siasatan perlu dilakukan kerana isu memo ini boleh menggugat kredibiliti serta imej sistem perundangan dan kehakiman negara

9:35 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pihak berkuasa digesa melakukan siasatan lanjut berhubung dakwaan wujudnya ‘memo dalaman’ Jabatan Peguam Negara yang menyentuh enam pertuduhan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Mantan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, siasatan berkenaan amat penting susulan antara intipati utama memo terbabit adalah berkenaan cadangan dari pasukan pendakwaan International Petroleum Investment Company (Ipic) kepada Tan Sri Tommy Thomas, iaitu Peguam Negara ketika itu.

Menurutnya, ia sebulat suara berpendirian bahawa enam pertuduhan itu, tidak memenuhi kehendak minimum untuk sesuatu pertuduhan pecah amanah (CBT) bagi mendapatkan kes prima facie.

“Siasatan perlu dilakukan dengan kadar segera kerana isu memo ini boleh menggugat kredibiliti serta imej sistem perundangan dan kehakiman negara.

“Perkara terbabit sekali gus memberi kesan tidak baik terhadap keyakinan pelbagai pihak dari dalam dan luar negara,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Wan Rosdy yang juga Menteri Besar Pahang berkata, ia turut memberi kesan langsung kepada proses perbicaraan di mahkamah sedang dihadapi Najib ketika ini.

“Demi menjunjung kedaulatan undang-undang dan memastikan sistem perundangan kekal berintegriti serta diyakini, adalah mustahak agar perhatian serius diberikan pihak Peguam Negara terhadap perkara ini,” katanya.

Umno Pekan sebelum ini mendesak agar Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun menyiasat dan menjelaskan kepada umum, berkaitan dokumen tular didakwa sebagai ‘memo dalaman’ Jabatan Peguam Negara oleh pasukan pendakwaan Ipic, baru-baru ini.

Ketua Umno Bahagian Pekan, Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff berkata, jika dokumen tular itu sahih, ia jelas menunjukkan berlaku kezaliman terhadap Najib yang dipenjara atas kesalahan menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd pada 23 Ogos tahun lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bebar itu memaklumkan, kes terbabit boleh menyebabkan implikasi sangat besar dalam hubungan diplomatik antara Malaysia dengan Arab Saudi dan UAE kerana syarikat Ipic adalah milik kerajaan Dhabi, UAE. – 27 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Thai oil giant pulls plug on Lang Lebah as Petronas-Petros feud looms large

Once dubbed Malaysia’s ‘project of the year’, Sarawak offshore project now faces an uncertain future amid budget blowouts and state-federal oil disputes with US$1 billion cost overrun

Related