HEADLINES

Mahkamah baharu Ampang dijadual siap 17 Dis: Azalina

Status fizikal projek mahkamah yang akan dilengkapi dengan kemudahan teknologi terkini seperti Sistem Court Recording Voice-To-Text (RVT) adalah pada 85.34 peratus

9:11 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Projek pembinaan mahkamah baharu Ampang, Selangor, merangkumi empat Mahkamah Sesyen dan enam Mahkamah Majistret dijadualkan siap pada 17 Dis ini, kata  Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said.

Beliau berkata sehingga 21 Ogos lalu, status fizikal projek mahkamah yang akan dilengkapi dengan kemudahan teknologi terkini seperti Sistem Court Recording Voice-To-Text (RVT) adalah pada 85.34 peratus.

Pembinaan mahkamah tersebut telah diluluskan dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMKe-10).

Pelaksanaan semula projek adalah bagi menyiapkan baki kerja di bawah Rolling Plan Pertama (RP1) Rancangan Malaysia ke -12 (RMKe-12), katanya, dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Katanya, Mahkamah Ampang sedia ada beroperasi dengan menyewa di bangunan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) terdiri daripada tiga Mahkamah Sesyen dan tiga Mahkamah Majistret.

Azalina berkata selain Ampang, di Selangor, terdapat enam lagi mahkamah baharu yang sedang dibina iaitu di Sik, Kedah; Pengerang, Johor; Temerloh, Pahang; Mahkamah Sesyen dan Majistret di Ipoh, Perak; Kompleks Mahkamah Johor Bahru, Johor dan di Bachok, Kelantan.

Katanya, projek naik taraf mahkamah sedia ada juga sedang giat dilaksanakan di seluruh negara.

Dalam pada itu, beliau berharap pembinaan mahkamah baharu, naik taraf, ubah suai dan pemuliharaan mahkamah itu akan memberi keselesaan kepada kakitangan mahkamah, peguam dan orang awam yang akan menggunakan kemudahan infrastruktur itu kelak.

“Ini juga dapat menambah baik prasarana badan kehakiman negara serta dapat memastikan penyampaian perkhidmatan yang berkualiti dalam bidang kehakiman dan perundangan kepada rakyat,” katanya. – 28 Ogos, 2023

Topics

 

Hangat

Horror at Bangkok shopping mall as two Malaysians set on fire in unprovoked attack

A Thai man set fire to the tourists after dousing them with paint thinner, with bystanders quickly intervening to restrain him

Mutiara LRT project kicks off as Penang’s six-year construction timeline begins

SRS Consortium receives notice to proceed with first civil works; RM13 billion project slated for completion by 2031

22.4% fail SPM Maths — ‘That’s not just a number, it’s a national warning’

Poor foundational skills and declining global rankings signal long-term risks for Malaysia’s STEM talent pipeline, warns UKM academic

Related