PAS ‘bercerai’ dengan DAP memang bukan sebab hudud ditolak: Mat Sabu

Fitnah dilontarkan Hadi terhadap PH pula membuktikan ‘fatwa’ ciptaan PAS mengikut parti mana disokong mereka

8:00 AM MYT

 

SIMPANG JERAM – PAS meninggalkan Pakatan Rakyat (PR) bukan kerana DAP menolak hudud, sebaliknya parti itu mahu menubuhkan ‘kerajaan perpaduan’ bersama Umno.

Mendedahkan perkara itu, Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, perbuatan ‘tikam belakang’ berkenaan mula dilakukan sebahagian pemimpin PAS, termasuk Tan Sri Abdul Hadi Awang selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Lebih menyedihkan, katanya, cadangan mahu bersama Umno itu tidak pernah dibawa dalam perbincangan pimpinan tertinggi dan Muktamar PAS.

“(Selepas PRU-13), sudah ada gamitan Umno ke arah mewujudkan unity government (kerajaan perpaduan).

“(Namun) Tiada (diberitahu) apa-apa, tidak melalui Muktamar PAS 2015 atau diadakan perbincangan panjang, (tetapi) tiba-tiba isytihar PAS putus hubungan dengan DAP.

“Ia bukan masalah hudud, bukan masalah lain, namun memang nak bersama Umno dan (disebabkan) perkembangan politik ketika itu akhirnya mereka (PAS dan Umno) menubuhkan Muafakat Nasional (MN),” katanya ketika berucap pada Ceramah Kelompok Simpang Jeram di sini, malam tadi.

Turut hadir, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (AMK) Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan; Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad dan calon Pakatan Harapan (PH) Simpang Jeram yang juga Timbalan Ketua Amanah kawasan Bakri, Nazri Abdul Rahman.

Selain itu, Mohamad atau lebih dikenali Mat Sabu berkata, dakwaan dibuat Hadi kononnya ‘perceraian’ PAS daripada PR disebabkan DAP tidak menerima hudud adalah pembohongan pemimpin terbabit.

Tegasnya, ia kerana PR sudah pun membuat keputusan secara bersama dan konsensus untuk menolak pelaksanaan hudud.

“Pemimpin PR buat perbincangan khas di pejabat PAS di Kuala Lumpur yang turut dihadiri beberapa pemimpin, antaranya Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ram Karpal Singh dan Anthony Loke.

“Ram Karpal ketika itu keras.. no hudud! sebab (ia) menentang Perlembagaan Persekutuan dan akhirnya keputusan ‘agree to disagree’ (setuju untuk tidak bersetuju) berjaya dicapai.

“Perkara setuju iaitu lawan dan ganti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), good governance (tadbir urus baik), rasuah dan apa terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan. Yang tak setuju soal hudud,” katanya.

Dalam pada itu, Mat Sabu memaklumkan, fitnah dilontarkan Hadi terhadap Pakatan Harapan (PH), membuktikan ‘fatwa’ ciptaan PAS mengikut parti mana disokong mereka.

“Kenapa ketika dapat kuasa (jadi kerajaan Persekutuan) tidak memperjuangkan hudud di Parlimen, kalau mereka kata, kita pemimpin, Ahli Parlimen Islam kena adakan perbincangan sebab mahu laksana syariah Islam.

“Namun, tunggu punya tunggu hudud langsung tidak dihidupkan (kerajaan Perikatan Nasional). Mereka hanya akan bercakap soal hudud apabila mereka sudah kehilangan kuasa,” katanya.

Hadi ketika menyampaikan ucapannya pada Ceramah Perdana Perikatan Nasional (PN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, Johor, baru-baru ini didakwa membuat kenyataan bahawa DAP meminta PAS agar membuang Islam dalam perjuangan parti itu.

Ujar Hadi, permintaan itu dilakukan DAP kerana parti berkenaan tidak boleh menerima pentadbiran Islam di negara ini.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook menyangkal dakwaan itu dengan menegaskan parti berkenaan tidak pernah meminta PAS ‘membuang’ Islam sepanjang kerjasama antara kedua-duanya, sama ada menerusi Barisan Alternatif mahupun PR.

Katanya, parti itu sentiasa konsisten sepanjang kerjasama politik dengan PAS dan hanya memfokuskan kepada isu dipersetujui bersama. – 29 Ogos, 2023

Topics

Hangat

Saya juga manusia, punya hati: Ning Baizura sedih, terguris diri digelar Kristian, keluarga dikritik

Jelas Ning, beliau kecewa kerana daripada satu perkara kecil, ia diperbesarkan segelintir netizen, termasuk menyerang Instagramnya dengan kata-kata hinaan

Iranian President Ebrahim Raisi confirmed dead as burnt helicopter wreckage found

No survivors have been found since crashed helicopter site was discovered, says Iranian Red Crescent Society

Two bullets, profane letter in my mailbox: Teresa Kok lodges report on death threat

Seputeh MP shares her distress after discovering threatening note while retrieving her mail yesterday; police have inspected the scene at her residence

Related