Insentif Pascabayar Rahmah perkasa kesalinghubungan penjawat awam – Fahmi

Fahmi berkata, ia direka untuk memberi manfaat kepada semua penjawat awam di bawah kerajaan Persekutuan, negeri dan pihak berkuasa tempatan

3:41 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Berdasarkan momentum pelancaran Pakej 5G Rahmah, Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) meneruskan komitmen terhadap pemerkasaan digital dengan inisiatif baharu disasarkan kepada penjawat awam.

Dikenali Insentif Pascabayar Rahmah Penjawat Awam, ia ditetapkan untuk memberi rangsangan ketara kepada kakitangan kerajaan, negeri dan pihak berkuasa tempatan, seterusnya merapatkan jurang digital serta memupuk keterangkuman.

Ia satu lagi langkah dilancarkan Menterinya, Fahmi Fadzil ke arah mengiktiraf sumbangan penjawat awam dan memastikan hubungan mereka dipertingkatkan, selain subsidi peranti digital dan diskaun pelan pascabayar yang diperkenalkan sebelum ini.

Inisiatif baharu itu, menawarkan rebat RM10 sebulan untuk tempoh 12 bulan kepada pelanggan pakej pascabayar bernilai RM60 dan ke atas.

Namun, insentif berkenaan tidak terpakai kepada penjawat awam yang melanggan pakej pascabayar secara berkumpulan melalui kementerian, jabatan, agensi, kelab atau persatuan masing-masing, memandangkan ia sudah termasuk rebat dan diskaun.

Insentif ini direka untuk memberi manfaat kepada 1.2 juta penjawat awam di bawah kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan.

“Pakej serta insentif yang saya umumkan sebentar tadi adalah manifestasi keprihatinan dan konsep kasih sayang Kerajaan Perpaduan terhadap rakyat, dengan kerjasama rakan strategik terlibat, iaitu penyedia perkhidmatan seperti CelcomDigi, Maxis, UMobile, Unifi Mobile, YES dan juga syarikat pengeluar peranti seperti Samsung dan Honor.

“Saya menyeru kepada semua pihak agar bersama-sama menyokong usaha kerajaan agar ianya dapat dinikmati seluruh rakyat Malaysia, sekali gus merealisasikan dasar “Di mana ada jalan, Di situ ada internet” bagi memastikan masyarakat menerima akses internet dengan lebih meluas,” katanya pada majlis pelancaran pakej tersebut di KKD, petang ini.

Berteraskan keterangkuman

Dengan meluaskan tawaran ini kepada sebahagian besar tenaga kerja, kerajaan mengambil langkah konkrit untuk memastikan penjawat awam mempunyai akses kepada alat yang mereka perlukan untuk komunikasi dan produktiviti berkesan.

Bagi pelanggan sedia ada, proses permohonan Insentif Pascabayar Rahmah Penjawat Awam adalah mudah.

Mereka boleh menghubungi syarikat telekomunikasi masing-masing untuk bertanyakan mengenai insentif dan proses pengaktifan.

Sebaliknya, pelanggan baharu boleh mendaftar untuk mendapatkan insentif itu di mana-mana pusat jualan telco atau lokasi terpilih.

Dokumen diperlukan untuk pendaftaran adalah kad pengenalan (MyKad), Kad Pengenalan Pekerja Awam atau dokumen berkaitan.

Insentif Pascabayar Rahmah Penjawat Awam akan dilancarkan pada 16 September 2023 dan tersedia sehingga 31 Disember 2023.

Seperti Pakej 5G Rahmah, inisiatif itu dilaksanakan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi terkemuka, termasuk CelcomDigi, Maxis, U Mobile, TM – Unifi Mobile, dan YTL Communications – YES.

Penjawat awam yang berminat digalakkan melayari laman web syarikat telekomunikasi itu untuk maklumat lanjut, memandangkan insentif berkenaan tertakluk kepada terma dan syarat ditetapkan syarikat telekomunikasi.

Pengamal media nikmati rebat sebulan bil telefon bimbit

Sementara itu, pengamal media juga layak menerima manfaat di bawah Insentif Rebat Rahmah Pengamal Media.

Bermula bulan depan, inisiatif itu menawarkan rebat sebulan untuk bil telefon mudah alih dan dijangka memanfaatkan lebih 10,000 pengamal media di seluruh negara.

Semua pengamal media yang memiliki kad perakuan media daripada Jabatan Penerangan Malaysia layak memohon insentif tersebut.

Fahmi menambah, perbincangan antara kementerian dan wakil syarikat telekomunikasi sedang dijalankan untuk merangka pakej tambahan untuk golongan tersebut.

“Sebagai tanda penghargaan kepada “wira tidak didendang” iaitu rakan media yang turut membantu memperjelaskan inisiatif Rahmah di bawah konsep Malaysia Madani, Insya-Allah Insentif Rebat Rahmah Pengamal Media akan dilaksanakan September ini,” katanya. – 29 Ogos, 2023

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

[UPDATED] Lazada’s Malaysian office not spared from major layoffs

Employees across various departments at Lazada Malaysia's office have allegedly been informed about an impending meeting with the company's human resources team in the next few days. 

Ibu Zayn Rayyan ‘tinggalkan’ media sosial, tak tahan komen jahat netizen kaitkan dengan pembunuhan

Menurut Zahari Mohd Reba, menantunya itu masih lagi trauma dan terkesan di atas kehilangan Zayn Rayyan, yang ditemukan mati dibunuh di saliran air kira-kira 100 meter dari kediaman mereka di Apartmen Idaman, Damansara Damai pada 6 Disember tahun lalu

Related