HEADLINES

DNB dijangka umum CEO baharu masa terdekat: Fahmi

Syarikat itu dijadual mengadakan mesyuarat esok dan sepatutnya membuat pengumuman tertentu

3:57 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Syarikat kenderaan tujuan khas untuk pelancaran 5G negara, Digital Nasional Berhad (DNB), dijangka mengumumkan ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya dalam masa terdekat.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, DNB dijadual mengadakan mesyuarat esok, selepas itu syarikat tersebut sepatutnya membuat pengumuman tertentu.

“DNB akan mengadakan mesyuarat penting esok dan sebelum (mesyuarat) tamat hari itu, mungkin ada beberapa pengumuman.

“(Pengumuman itu mungkin merujuk kepada) kepimpinan syarikat, termasuk CEO DNB yang baharu,” katanya pada sidang media di ibu pejabat kementerian di sini, hari ini.

Menteri itu yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai menambah, DNB mempunyai berita baik untuk dikongsi mengenai pelancaran 5G, yang dicatatkan pada 66.8 peratus setakat akhir Julai.

Beliau juga membayangkan bahawa perjanjian akses 5G Maxis dengan DNB dan perkara berkaitan dengan perjanjian langganan mungkin dibincangkan selepas mesyuarat esok.

Sebelum ini, media melaporkan kontrak CEO DNB, Augustus Ralph Marshall ketika itu berakhir pada 11 Mac dan tidak dilanjutkan, dengan peranannya kini dibahagikan antara dua pegawai buat sementara waktu.

Marshall yang mengetuai ‘rollout’ 5G bagi Maxis dan Astro Networks, dilantik sebagai CEO DNB pada Mac 2021.

Fahmi kemudiannya berkata, Kementerian Kewangan akan mengendalikan pelantikan CEO baharu DNB.

Ini, katanya, kerana pengendalian syarikat kementeriannya tidak meliputi pelantikan ahli lembaga pengarah.

Sementara itu, dalam perkembangan berasingan, Fahmi berkata, beliau memberitahu syarikat telekomunikasi yang terlibat dalam pelancaran 5G bahawa caj tambahan tidak boleh dikenakan kepada pelanggan yang ingin meningkatkan jalur lebar.

“Saya telah sampaikan kepada mereka pendirian Kabinet dan sentimen rakyat mengenai caj tambahan itu.

“Saya telah menghubungi mereka (telco) untuk menjelaskan dan memperbetulkan isu itu, jadi saya serahkan kepada SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) untuk menangani perkara itu,” katanya.

Beliau juga berkata, kementerian tersebut menyasarkan untuk mengadakan sesi libat urus bersama platform e-dagang dalam usaha bagi memudahkan perbincangan mengenai ekonomi digital. – 29 Ogos 2023

Topics

 

Hangat

Malaysia’s Cyber and Electronic Defence Command to launch with drones and AI integration

The shift towards a 'smart military' includes automated systems and enhanced cyber capabilities

Malaysia breaks 11-year losing streak against Vietnam with impressive 4-0 victory

The national team showed effective teamwork and fast-paced plays that kept their opponents under pressure

Malaysia pulls the plug on Kuwaiti Hornet deal after years of turbulence

RMAF walks away from costly, outdated aircraft amid rising concerns over integration, support, and long-term value

Related