◉ HEADLINES

Tubuh jawatankuasa khas kaji kompetensi DUN gubal undang-undang Syariah adalah tepat: PGSM

Penubuhan Jawatankuasa Khas tersebut adalah sangat tepat dan sesuai pada masanya dalam suasana kebelakangan ini

4:56 PM MYT

 

SHAH ALAM – Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) berpandangan titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah semalam bahawa satu Jawatankuasa Khas perlu segera ditubuhkan bagi membuat kajian tentang kompetensi Dewan Undangan Negeri-negeri untuk menggubal undang-undang Islam di bawah Enakmen negeri serta bidang kuasa Mahkamah Syariah, adalah sangat tepat dan sesuai pada masanya.

Presidennya Musa Awang dalam kenyataan hari ini berkata persatuan itu menjunjung kasih atas keprihatinan Sultan Sharafuddin yang juga Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) terhadap pengurusan hal ehwal Islam di negara ini. 

“Penubuhan Jawatankuasa Khas tersebut adalah sangat tepat dan sesuai pada masanya dalam suasana kebelakangan ini memandangkan banyak kes yang sedang dibicarakan di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah dicabar di Mahkamah Persekutuan khususnya berkaitan kompetensi Dewan Undangan Negeri (DUN) di dalam membuat dan meluluskan undang-undang (Syariah) serta bidang kuasa Mahkamah Syariah yang mendengarnya. 

“Cabaran-cabaran tersebut sedikit sebanyak telah memberikan imej dan persepsi negatif terhadap Mahkamah Syariah yang berada di bawah bidang kuasa DUN,” katanya. 

Musa berkata pada masa sama konflik bidang kuasa antara Persekutuan dan negeri wajar diselesaikan dengan segera agar masyarakat dan negara ini dapat bergerak maju ke hadapan.

Katanya, cadangan pindaan yang akan dikemukakan oleh Jawatankuasa Khas tersebut hendaklah berpegang kepada prinsip menghormati pemisahan bidang kuasa antara negeri dan Persekutuan, dan mestilah mencerminkan Islam sebagai agama bagi Persekutuan (Perkara 3) serta menghormati kuasa eksklusif Mahkamah Syariah di bawah Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan.

“Cadangan pindaan yang akan dikemukakan oleh Jawatankuasa Khas tersebut juga bukan semata-mata tertumpu kepada undang-undang (Syariah) yang diluluskan oleh DUN malah termasuk pindaan kepada peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan supaya satu penyelesaian menyeluruh terhadap isu-isu tersebut dapat dilaksanakan,” katanya. – 29 Ogos, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Penemuan kecederaan luar biasa pada badan, JSJ Bukit Aman diarah segera siasat kematian Noorizwan

'Saya telah meminta JSJ, khususnya pengarahnya Datuk M. Kumar, untuk menyiasat kes ini secepat mungkin dan memaklumkan hasil siasatan kepada orang ramai,' kata Mohd Khalid

What will we call for next? A ban on cheap cigarettes, tuak and kapcais? – Rocky Bru

While concerns over drug-laced vapes grow, a blanket ban could backfire by wiping out businesses, threatening jobs, pushing trade underground amid weak enforcement and open tank loopholes

Regulation over prohibition: nationwide vape ban ‘a gift to black-market syndicates’

Experts warn a blanket ban could undermine public health goals, fuel black-market activity, and penalise compliant businesses

◉ Related