◉ HEADLINES

Pelajar tahfiz hadir konsert: Bukan anjuran kerajaan, tapi korporat, swasta: Mohd Na’im

Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah menghubungi penganjur dan meminta penjelasan berkenaan isu tersebut

1:22 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar menjelaskan bahawa penganjuran Kepci Muzik Festival di Shah Alam, Selangor bersempena sambutan 50 tahun KFC pada Sabtu lepas bukan dianjurkan oleh kerajaan.

Sebaliknya, beliau berkata program berkenaan telah dianjurkan oleh pihak korporat dan swasta.

“Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah menghubungi penganjur dan meminta penjelasan berkenaan isu tersebut.

“Makluman yang diterima oleh penganjur ialah jemputan pelajar-pelajar tersebut ke program karnival dan konsert berkenaan telah dibuat oleh pihak ketiga yang menaja golongan kurang bernasib baik termasuklah anak-anak tahfiz dari sebuah madrasah masyarakat Rohingya di Shah Alam,” katanya dalam sebuah video yang dimuat naik di Facebook rasminya.

Mohd Na’im turut menasihatkan semua pihak agar lebih berhati-hati dan menjaga sensitiviti agama, adab serta adat ketimuran dalam menganjurkan sebarang program.

Beliau berkata penganjuran program juga perlu mengambil kira kesesuaian pengisian serta penontonnya termasuk dalam program yang melibatkan pelajar tahfiz dan anak muda.

“Nasihat saya, jadikan ia (isu berkenaan) sebagai ikhtibar kepada semua untuk memastikan mengikut garis panduan yang telah disediakan, saya telah meminta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk memanggil pihak berkenaan dalam mengambil tindakan yang sewajarnya,” katanya.

Semalam, seorang individu bernama Andrie Ung Han Xiang mengaku bertanggungjawab membawa pelajar tahfiz ke konsert itu bagi memberi peluang kepada anak-anak yatim yang kurang berkemampuan merasai pengalaman menghadiri program tersebut.

Katanya video tular di media sosial memaparkan kanak-kanak memakai jubah hijau dan berserban putih itu adalah dari Madrasah Watahfiz al-Quran Rohingya TTDI Jaya yang merupakan anak-anak pelarian Rohingya beragama Islam dan hampir tidak tahu untuk berkomunikasi di dalam Bahasa Melayu. – 30 Ogos, 2023

TAG: KFC, tahfiz, tular, Mohd Na’im, Kepci Muzik Festival

Topics

 

◉ Hangat

10 filem patriotik pasukan beruniform tanah air ini wajib ditonton!

Harus diakui bahawa Malaysia masih lagi kekurangan filem-filem bergenre kenegaraan yang mampu membangkitkan semangat nasionalisme dan jiwa patriostisme rakyat terhadap negara yang berjaya bebas dari cengkaman penjajah sejak 66 tahun lalu

Mutiara LRT project kicks off as Penang’s six-year construction timeline begins

SRS Consortium receives notice to proceed with first civil works; RM13 billion project slated for completion by 2031

Berocca tablets’ expiration stickers unrelated to product safety, quality, says Bayer Malaysia

The new expiration date stickers observed on selected batches of Berocca Orange Flavour Effervescent Tablets are not related to any concerns over product safety or quality, said Bayer Co (Malaysia) Sdn Bhd.

◉ Related