HEADLINES

Najib Lep sertai Amanah, Mat Sabu yakin ia mampu perkuat parti

PH juga akan mengumumkan penyertaan lebih ramai individu ke dalam gabungan itu pada ceramah kempen PRK di Parlimen Pulai, hari ini.

8:00 AM MYT

 

JOHOR BAHRU – Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Pasir, Najib Lep yang dipecat PAS tahun lalu, secara rasmi sudah menyertai Amanah.

Borang keahliannya diserahkan kepada Presiden Amanah, Mohamad Sabu selepas Ahli Parlimen Kota Raja itu selesai berucap di ceramah kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Simpang Jeram, Muar, malam tadi.

Mohamad atau lebih dikenali Mat Sabu ketika ditemui media berkata, pihaknya terbuka menerima Najib sebagai ahli keluarga Amanah.

Penyertaan individu terbabit, katanya, dilihat akan dapat menyumbang kepada pemerkasaan dan memperkuatkan parti.

Menurutnya, Pakatan Harapan (PH) juga akan mengumumkan penyertaan lebih ramai individu ke dalam gabungan itu pada ceramah kempen PRK di Parlimen Pulai, esok. 

“Itu hak mereka memilih. Najib memilih Amanah dan kita harapkan beliau dapat memberi sumbangan buah fikiran bagi gerak kerja PRK. 

“Penyertaan borang keahlian Amanah oleh bekas Exco Kerajaan Negeri Johor pula akan diadakan di Taman Rekreasi Taman Uda Utama, Perling, malam esok,” katanya. 

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, PAS memecat keahlian Najib selepas beliau memilih bertanding sebagai calon Bebas apabila namanya tidak disenarai sebagai calon parti berkenaan. 

Bagaimanapun, beliau kalah dan kerusi itu dimenangi calon Barisan Nasional (BN), Mohamad Fazli Mohamad Salleh yang turut menewaskan calon PAS, serta tiga calon lain. – 3 September, 2023

Topics

 

Hangat

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Related