Tangguh beri keterangan tapi bertemu Tun M, adakah Hadi menipu elak disiasat?

Tindakan Ahli Parlimen Marang itu dilihat seolah-olah cuba memperbodohkan pihak berkuasa

12:16 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Keadaan kesihatan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang dipertikai selepas beliau dilihat bertemu dengan Tun Dr Mahathir Mohamad bersama empat Menteri Besar di bawah pentadbiran Perikatan Nasional (PN), semalam.

Pertemuan yang berlangsung di kediaman mantan Perdana Menteri itu diadakan pada hari sama polis dijadualkan mengambil keterangan beliau berhubung kenyataan kontroversi dalam ceramahnya di markas PAS di Bakri, Muar minggu lalu.

Tindakan itu bagaimanapun menarik perhatian Timbalan Ketua Penerangan PKR, Razeef Rakimin yang mempersoalkan sama ada Hadi berbohong kepada pihak berkuasa mengenai masalah kesihatannya.

Menurutnya, tindakan Ahli Parlimen Marang itu dilihat seolah-olah cuba memperbodohkan pihak berkuasa.

“Adakah Hadi menipu pihak polis bagi mengelak dari disiasat?

“Sampai bila Hadi boleh terus menipu untuk mengelak daripada disiasat polis, seolah-olah beliau akan mati esok hari,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Susulan itu, Razeef berharap agar polis tidak tertipu lagi dengan taktik lapuk Hadi bagi mengelak daripada disiasat.

“Ini kerana dalam ucapan beliau jelas mempertikai keputusan dibuat oleh Majlis Raja-Raja Melayu dan dilihat seolah-olah menentang keputusan institusi diraja,” katanya.

Semalam, Pengerusi Sekretariat Proklamasi Orang Melayu, Datuk Khairuddin Abu Hassan memberitahu Scoop bahawa beberapa pemimpin PAS bertemu Dr Mahathir untuk membincangkan beberapa topik, termasuk perkembangan ekonomi negeri di bawah pemerintahan parti Islam itu.

Berdasarkan foto yang dikongsi Khairuddin, selain Hadi, Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan; Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor; Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud; Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar dan Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli turut hadir pada mesyuarat itu.

Dalam video yang dikongsi oleh Setiausaha Sekretariat Proklamasi Orang Melayu, Datuk Marzuki Yahya di Facebook pula, Hadi yang duduk bersebelahan Dr Mahathir dilihat ketawa ketika mantan Perdana Menteri itu bergurau dengan Sanusi.

Terdahulu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, polis sepatutnya mengambil keterangan Abdul Hadi semalam, namun ditangguhkan kerana masalah kesihatan yang dialaminya.

“Pegawai perakam dimaklumkan oleh wakil beliau (Abdul Hadi) masih uzur dan meminta proses berkenaan ditangguhkan,” katanya.

Pada 28 Ogos lalu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, siasatan telah dibuka terhadap Hadi di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Bachok yang juga Penolong Setiausaha Agung PAS, Mohd Syahir Che Sulaiman dalam satu kenyataan di Facebook mengesahkan Hadi dipanggil Bukit Aman berhubung laporan polis membabitkan ucapan beliau dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) di Simpang Jeram, Muar.

Hadi dalam ceramah Perdana Perikatan Nasional (PN) Johor di Bakri minggu lalu dipercayai menyentuh bidang kuasa Lembaga Pengampunan dan mendakwa cara negara ini memberikan pengampunan kepada seseorang pesalah tidak sesuai ajaran Islam. – 3 September, 2023

Topics

Hangat

[UPDATED] Desperate, doomed move: Lokman Adam claims Daim, Dr Mahathir behind Langkah Dubai  

Langkah Dubai, a move by the opposition to topple Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s administration, is allegedly masterminded by former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad and his right-hand man Tun Daim Zainuddin.

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

It’s clearly ‘All In’ Hotel, not ‘Allah’: Perlis mufti urges Muslims to look before leaping

The “All In Hotel” signage does not resemble the word “Allah”, said Datuk Mohd Asri Zainul Abidin after a group complained about its name.

Related