HEADLINES

Lelaki direman tujuh hari bantu siasatan penjawat awam dibelasah hingga mati

Semalam, seorang penjawat awam maut selepas terlibat dalam pergaduhan di sebuah kedai makan di Jalan Lama Pasir Puteh-Machang

4:32 PM MYT

 

TANAH MERAH – Seorang lelaki direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kematian seorang penjawat awam, selepas terlibat dalam pergaduhan di sebuah kedai makan di Jalan Lama Pasir Putih-Machang berhadapan Hospital Machang, semalam.

Perintah tahanan reman terhadap suspek berusia 46 tahun itu, dikeluarkan Majistret Amal Razim Alias di Mahkamah Majistret Tanah Merah bermula hari ini hingga 10 September.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Semalam, Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata seorang penjawat awam maut, selepas terlibat dalam pergaduhan di sebuah kedai makan di Jalan Lama Pasir Puteh-Machang berhadapan Hospital Machang, melibatkan dua lelaki berusia 51 dan 46 tahun sekitar 11 pagi.

Beliau berkata akibat pergaduhan tersebut, mangsa berusia 51 tahun mengalami kecederaan parah di kedua mata serta patah tulang rusuk sebelah kiri dan pendarahan serius di bahagian muka, manakala suspek hanya mengalami kecederaan di kedua belah tangan.

“Pergaduhan berlaku tanpa melibatkan sebarang senjata dan mangsa dibawa ke Hospital Machang oleh ambulans untuk rawatan lanjut dan disahkan meninggal dunia semasa mendapatkan rawatan,” katanya. – 4 September, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Related