HEADLINES

PM tiba di Jakarta untuk hadiri Sidang Kemuncak ASEAN Ke-43

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengetuai delegasi Malaysia ke sidang kemuncak itu dari 5 hingga 7 September

5:55 PM MYT

 

JAKARTA – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selamat tiba di ibu kota Indonesia bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN Ke-43 dan sidang-sidang kemuncak berkaitan di sini yang akan bermula esok.

Pesawat khas yang membawa Anwar dan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno Hatta di Tangerang, Banten pada 3.28 petang waktu tempatan (4.28 petang waktu Malaysia).

Ketibaan Perdana Menteri dan isteri disambut oleh Menteri Komunikasi dan Informasi Indonesia Budi Arie Setiadi, Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir serta Duta Besar Malaysia ke Indonesia Datuk Syed Md Hasrin Tengku Hussin.

Anwar mengetuai delegasi Malaysia ke sidang kemuncak itu dari 5 hingga 7 September iaitu yang kedua dihadirinya selepas Sidang Kemuncak ASEAN Ke-42 di Labuan Bajo.

Ini adalah sidang kemuncak pertama beliau bersama tujuh Rakan Dialog ASEAN iaitu Australia, China, Jepun, India, Korea Selatan, Amerika Syarikat dan Kanada.

Semasa persidangan itu, 11 pertemuan dua hala telah dijadualkan termasuk dengan Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol, Perdana Menteri Australia Anthony Albanese, Naib Presiden Amerika Syarikat Kamala Harris, Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau dan Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida. – 4 September, 2023 – 4 September, 2023

Topics

 

Hangat

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

Related