◉ HEADLINES

Henti sebar khabar angin, Raymond Goh masih hidup: keluarga

Pihak keluarga juga memohon kerjasama semua untuk mengelak daripada berkongsi sebarang berita palsu yang berkaitan dengan dakwaan kematian Raymond

4:16 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Penyampai berita Nightline TV3, Raymond Goh masih hidup dan menerima rawatan di sebuah hospital di Petaling Jaya.

Menerusi satu kenyataan, isterinya Faridah Teh serta keluarga, menafikan khabar angin yang disebarkan mendakwa penyampai berita itu sudah meninggal dunia.

“Kami ingin menyatakan dengan jelas bahawa laporan terbabit adalah palsu sepenuhnya.

“Bertentangan dengan maklumat salah yang tersebar, Raymond masih hidup dan menerima rawatan di sebuah hospital di Petaling Jaya.

“Kami memahami kejutan dan kebimbangan yang ditimbulkan oleh khabar angin ini. Sila abaikan mana-mana sumber atau pihak yang telah menyebarkan maklumat yang tidak tepat ini,” katanya hari ini.

Beliau berkata, pihak keluarga juga memohon kerjasama semua untuk mengelak daripada berkongsi sebarang berita palsu, gambar yang tidak bersesuaian atau siaran yang berkaitan dengan dakwaan kematian Raymond.

“Kami menggesa semua individu dan media untuk mengesahkan fakta sebelum menyebarkan sebarang berita.

“Kami akan memberikan kemas kini tepat pada masanya tentang keadaan Raymond melalui kenyataan rasmi untuk memastikan semua orang dimaklumkan,” katanya.

Faridah berkata, pihak keluarga menghargai kasih sayang dan sokongan yang diberikan dan berharap semua pihak terus mendoakan kesejahteraan Raymond.

Hujung bulan lalu, Raymond Goh atau nama sebenarnya, Mohd Zaman Goh dilaporkan berada dalam keadaan kritikal selepas diserang angin ahmar.

Keadaan kesihatan Raymond turut mendapat perhatian Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang mendoakan penyampai berita itu dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan kesembuhan serta keafiatan segera. — 5 September, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

◉ Related