HEADLINES

Sistem JPJeBid alami gangguan, pembida harap tempoh bidaan M_M dilanjutkan

Pembida berkongsi kekecewaan mereka di media sosial kerana gagal mendapatkan nombor idaman mereka

7:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Gara-gara gagal mendapatkan nombor idaman, pembida meminta Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melanjutkan tempoh bidaan bagi nombor pendaftaran istimewa (NPI) prefix M (hadapan) dan sufiks M (belakang) iaitu siri M_M.

Bidaan NPI sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-66 itu sudah pun ditutup pada jam 10 malam tadi.

Bagaimanapun pembida meluahkan kekecewaan mereka di media sosial kerana tidak dapat membuat bidaan susulan gangguan perkhidmatan di portal rasmi sistem JPJeBid.

“Kenapa sukar untuk log masuk? Ada pautan lain? Tolong kongsi,” kata Vela Vela.

“Tunggu 15 minit overload teruk JPJeBid,” kata Afif Azran.

“Tak boleh masuk sejam pukul 9 lebih,” kata Shanjeev.

“Sistem tergendala macam mana nak bida,” kata Johnny Lim.

Seorang lagi pengguna Facebook dalam nada sinis memaklumkan sistem tersebut hanya boleh kembali diakses selepas tempoh bidaan tamat.

“10.02 malam boleh log masuk secara normal. MM dah habis,” kata Khairul.

Sementara itu, beberapa pembida turut berharap tempoh bidaan dilanjutkan sehari lagi walaupun menyedari ia tidak mungkin berlaku.

“Ada pengumuman tempoh dilanjutkan? Harap boleh bida sehari lagi. Tapi nampaknya masa sudah tamat,” kata Phylip.

Terdahulu, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke memaklumkan keputusan bidaan akan diketahui hari ini.

Harga bidaan menerusi JPJeBid adalah mengikut harga minimum ditetapkan, iaitu bermula daripada RM20,000 bagi nombor bernilai utama, nombor menarik (RM3,000), nombor popular (RM800), dan nombor biasa (RM300).

“Mana-mana nombor pendaftaran yang berjaya dibida, mesti didaftarkan pada sebuah kenderaan dalam tempoh 12 bulan dari tarikh keputusan bidaan rasmi dikeluarkan.

“Saya berharap bidaan ini dapat menjana pulangan yang tinggi kepada kerajaan,” katanya.

Untuk rekod, JPJ menerusi bidaan nombor pendaftaran FF sebelum ini berhasil mendapat pulangan sebanyak RM34.2 juta. – 5 September, 2023

Topics

 

Hangat

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

10 filem patriotik pasukan beruniform tanah air ini wajib ditonton!

Harus diakui bahawa Malaysia masih lagi kekurangan filem-filem bergenre kenegaraan yang mampu membangkitkan semangat nasionalisme dan jiwa patriostisme rakyat terhadap negara yang berjaya bebas dari cengkaman penjajah sejak 66 tahun lalu

Related