◉ HEADLINES

30 permit diluluskan, satu kes unsur khianat dibuka: Polis Johor

Daripada jumlah itu, lapan adalah untuk permit ceramah dan 13 permit kempen bagi Parlimen Pulai manakala enam permit ceramah serta tiga adalah bagi kempen di DUN Simpang Jeram

12:51 PM MYT

 

JOHOR BAHRU – Sebanyak 30 permit kempen dan ceramah sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, telah diluluskan oleh polis.

Jurucakap Media PRK Johor di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, Superintendan Ibrahim Mat Som berkata, daripada jumlah itu, lapan adalah untuk permit ceramah dan 13 permit kempen bagi Parlimen Pulai manakala enam permit ceramah serta tiga adalah bagi kempen di DUN Simpang Jeram.

“Polis juga telah membuka satu kertas siasatan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan berkaitan bendera dan gegantung yang telah ditumbangkan dipercayai ada unsur khianat.

“Bagi tempoh mulai 26 Ogos hingga 5 September lalu, sebanyak tiga kertas siasatan telah dibuka manakala 324 permit telah diluluskan daripada 333 permohonan yang diterima,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, Ibrahim menasihatkan agar semua parti serta kumpulan penyokong supaya berkempen secara sihat dan menghormati antara satu sama lain.

Pada masa sama, beliau mengharapkan tiada kerosakan dilakukan pihak tidak bertanggungjawab, dengan mencabut atau membakar poster-poster, gegantung, bendera dan kain rentang mana-mana parti politik.

“Perbuatan tersebut adalah satu perbuatan khianat dan menyalahi undang-undang serta boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

“Sekiranya mempunyai sebarang permasalahan yang timbul, mana-mana pihak boleh merujuk kepada polis untuk tindakan selanjutnya, berlandaskan undang-undang sedia ada,” katanya. – 6 September, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

◉ Related