HEADLINES

Tambang feri baharu Pulau Pinang bermula esok

Bayaran tambang itu dikenakan di kedua-dua terminal di Pangkalan Raja Tun Uda di bahagian pulau dan Pangkalan Sultan Abdul Halim di Butterworth

7:32 PM MYT

 

GEORGE TOWN – Kadar tambang perkhidmatan feri baharu di Pulau Pinang yang akan dikenakan kepada penumpang berkuat kuasa esok bermula pada harga serendah RM1 hingga RM2.50 sehala.

Penang Port Sdn Bhd (PPSB) selaku syarikat pengendali perkhidmatan tersebut dalam kenyataan hari ini memaklumkan tambang RM1 itu akan dikenakan kepada individu atau pejalan kaki yang berusia 12 tahun ke bawah manakala penumpang dewasa atau individu berusia 12 tahun ke atas sebanyak RM2.

“Penunggang basikal yang menaiki feri juga akan dikenakan caj sebanyak RM2 manakala penunggang motosikal sebanyak RM2.50.

“Bayaran tambang itu dikenakan di kedua-dua terminal di Pangkalan Raja Tun Uda di bahagian pulau dan Pangkalan Sultan Abdul Halim di Butterworth iaitu untuk masuk ke bahagian atau keluar ke bahagian pulau negeri ini,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu memaklumkan tambang feri baharu itu mencerminkan komitmen dan usaha PPSB ke arah penambahbaikan berterusan untuk semua penumpang di samping menyokong peningkatan kemudahan perkhidmatan feri.

PPSB memaklumkan matlamat pihaknya adalah untuk menyediakan perjalanan yang selamat, mudah serta menyeronokkan untuk semua orang dan perubahan berkenaan memainkan peranan penting dalam mencapai objektif tersebut.

Menurut kenyataan itu, PPSB juga akan memperkenalkan pas bulanan bermula esok yang menawarkan diskaun kepada pengguna feri.

“Inisiatif ini secara tidak langsung bertujuan memberikan nilai tambah dan kemudahan kepada pengguna setia kami,” menurut PPSB.

Sebelum ini, orang ramai diberi peluang untuk merasai sendiri perkhidmatan feri baharu yang beroperasi secara ulang-alik di Pangkalan Sultan Abdul Halim dan Pangkalan Raja Tun Uda secara percuma selama sebulan bermula 7 Ogos lepas. – 6 September, 2023

Topics

 

Hangat

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Related