Perlu ada pemimpin muda yang lantang, elak PAS berada di takuk lama: penyokong

Kolaborasi pemimpin lama yang berpengalaman dengan tenaga muda yang lantang bersuara, idealis dan bersemangat waja amat perlu untuk membarisi kepimpinan baharu PAS

9:00 AM MYT

 

JOHOR BAHRU – PAS memerlukan pemimpin muda yang lantang bersuara dan idealis untuk digabungkan dengan pemimpin lama bagi mengelakkan parti berkenaan berada pada takuk lama.

Demikian pandangan penyokong parti berkenaan di peringkat akar umbi, yang mahu melihat barisan kepimpinan parti dibentuk berdasarkan gabungan lama dan baru.

Menurut salah seorang ahli parti itu, Zamrin Hamzah, 56, kepincangan pastinya akan timbul jika hanya orang muda sahaja dipilih untuk memimpin PAS atas alasan untuk meremajakan parti dan menarik sokongan generasi muda.

“Namun jika hanya orang lama sahaja yang diangkat jadi pemimpin PAS pula, ia juga tidak elok sebab percambahan idea baharu untuk parti mungkin kurang dan PAS akan dilihat berada pada takuk lama sahaja.

“Jadi kolaborasi pemimpin lama yang berpengalaman dengan tenaga muda yang lantang bersuara, idealis dan bersemangat waja amat perlu untuk membarisi kepimpinan baharu PAS yang akan datang,” katanya ketika ditemui selepas ceramah kelompok serta santai anak muda di perumahan PPRT Kempas, malam tadi.

Zamrin mengulas mengenai beberapa pemimpin muda PAS yang semakin lantang bersuara termasuk Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang mencetuskan Gelombang Sanusi ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos lalu.

Sanusi lantang bersuara dan berani menyuarakan sesuatu hingga ada pihak yang menganggap beliau sebagai berpotensi memimpin PAS pada masa akan datang apatah lagi ketika Muktamar PAS bakal menjelang tiba.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan sebelum ini dilaporkan berkata 197 kawasan di seluruh negara sudah selesai mengadakan mesyuarat agung termasuklah pemilihan.

Bagaimanapun di peringkat pusat seperti Dewan Ulamak, Pemuda, Muslimat serta PAS pusat belum lagi mengadakan muktamar dan pemilihan.

Pemilihan ini dianggap penting kerana PAS berjaya mencatatkan kemenangan besar pada PRN lalu hingga ada yang menganggap parti itu sebagai ‘abang besar’ dalam Perikatan Nasional (PN) sehingga ada yang melihat Bersatu terpinggir.

Arif Yusof berkata perlu ada kesinambungan pemimpin lama dan baharu supaya PAS jadi parti pembangkang yang kuat. – Gambar Scoop, 7 September, 2023

Seorang lagi ahli PAS, Arif Yusof, 27, pula berkata, gabungan pemimpin muda yang lantang dan lama itu boleh menjadi pemangkin kepada kebangkitan parti berkenaan.

“Perlu ada kesinambungan pemimpin lama dan baharu kerana tidak semua sama, ia berbeza mengikut situasi dan zaman.

“Tidak mustahil PN, khususnya PAS sekiranya berjaya merealisasikan perkara itu, mereka akan menjadi pembangkang yang kuat, bukan sahaja bijak menegur kerajaan malah memiliki pemimpin yang sangat lembut bertutur sehingga rakyat jatuh hati kepada kita. Ini seperti apa yang dilakukan ketika PAS di bawah pemerintahan Allahyarham Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat,” katanya.

Nadziruddin Mohammad Bandi, memberi contoh zaman pemerintahan kerajaan Islam di Mekah dan Madinah pada zaman Rasullullah yang mengandungi pemimpin lembut dan lantang – Gambar Scoop, 8 September, 2023

Manakala Nadziruddin Mohammad Bandi, 53, pula memberi contoh pentadbiran kerajaan Islam di Mekah dan Madinah pada zaman Rasullullah.

‘’Kalau kita lihat Abu Bakar As-Siddiq berperwatakan lembut seperti Rasulullah namun sahabat baginda, Umar Al-Khattab sangat garang dan tegas-menegur jika ada perkara yang tidak benar.

“Sehubungan itu, PAS perlu mencontohi pemerintahan diamalkan oleh Rasulullah di mana mewujudkan keseimbangan antara pemimpin lantang yang mampu menegur kerajaan dengan baik dan lemah lembut, di mana ia dapat memikat hati rakyat untuk bersama PN,” katanya. – 8 September, 2023

Topics

Hangat

Saya juga manusia, punya hati: Ning Baizura sedih, terguris diri digelar Kristian, keluarga dikritik

Jelas Ning, beliau kecewa kerana daripada satu perkara kecil, ia diperbesarkan segelintir netizen, termasuk menyerang Instagramnya dengan kata-kata hinaan

Iranian President Ebrahim Raisi confirmed dead as burnt helicopter wreckage found

No survivors have been found since crashed helicopter site was discovered, says Iranian Red Crescent Society

Two bullets, profane letter in my mailbox: Teresa Kok lodges report on death threat

Seputeh MP shares her distress after discovering threatening note while retrieving her mail yesterday; police have inspected the scene at her residence

Related