◉ HEADLINES

ANIH sahkan kejadian tanah mendap di LPT1

Difahamkan mendapan itu disedari berlaku pada pagi ini, dengan punca masih dalam siasatan

8:40 PM MYT

 

KUANTAN – Pemegang konsesi Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) ANIH Berhad mengesahkan kejadian mendapan tanah yang mengakibatkan rekahan jalan di kilometer (KM) 118.2 hingga KM117.8 arah barat di Temerloh dekat sini, hari ini. 

Sehubungan itu, ANIH Berhad menutup lorong kecemasan dan kiri laluan itu dan mengaktifkan laluan kontra dari KM116.5 hingga KM119.4. 

“Pengguna dinasihatkan untuk memandu dengan berhati-hati dan patuhi papan tanda serta arahan petugas di lokasi,” menurut kenyataan yang dimuat naik di akaun Facebook rasmi ANIH Berhad hari ini.

Difahamkan mendapan itu disedari berlaku pada pagi ini, dengan punca masih dalam siasatan. 

Mendapan itu bagaimanapun tidak menyebabkan insiden tidak diingini. – 10 September, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

◉ Related