◉ HEADLINES

Ekuiti Bumiputera masih belum capai sasaran 30 peratus

Susulan itu, kerajaan akan menilai semula pendekatan untuk mengukur tahap penyertaan dan kawalan ekonomi kumpulan itu supaya lebih bermakna

12:15 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pemilikan ekuiti oleh Bumiputera di negara ini masih belum mencapai sasaran 30 peratus yang ditetapkan selepas 50 tahun, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sehubungan itu, Perdana Menteri berkata, kerajaan akan menilai semula pendekatan untuk mengukur tahap penyertaan dan kawalan ekonomi kumpulan itu supaya lebih bermakna.

“Semua perancangan dalam agenda pemerkasaan Bumiputera sebelum ini hanya memusatkan kayu ukur penyertaan Bumiputera dalam ekonomi berdasarkan pemilikan ekuiti semata-mata. 

“Selepas lima dasawarsa, pemilikan ini masih belum mencapai sasaran 30 peratus yang ditetapkan. 

“Maka, Ekonomi Madani melalui Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12), antaranya akan menilai semula pendekatan untuk mengukur tahap penyertaan dan kawalan ekonomi Bumiputera yang lebih bermakna,” katanya ketika membentangkan KSP RMK-12 di Dewan Rakyat, hari ini.

Perdana Menteri berkata, susulan itu satu kongres ekonomi Bumiputera akan diadakan pada Januari tahun depan bagi menetapkan hala tuju dan pendekatan baharu agenda kumpulan itu yang lebih adil, saksama dan inklusif.

“Ikhtiar bermakna bagi memperkasa Bumiputera akan beranjak daripada tumpuan terhadap syarikat terpilih kepada program pengupayaan membabitkan lebih ramai usahawan dan lebih banyak syarikat Bumiputera berskala kecil serta sederhana.

“Ini bagi melahirkan kelas pertengahan Bumiputera yang dapat beralih daripada bergantung harap kepada gaji semata-mata kepada membina perniagaan yang meningkatkan pendapatan dan menambah nilai kepada ekonomi,” katanya.

Beliau berkata, syarikat Bumiputera akan terus berpeluang untuk menerima manfaat sokongan pembiayaan daripada keseluruhan dana yang diperuntukkan oleh Kerajaan kepada 16 agensi Bumiputera, 

“Antaranya termasuk Majlis Amanah Rakyat (Mara), Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) Nasional, Ekuiti Nasional Berhad (Ekuinas), Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB). 

“Sokongan pembiayaan ini telah mencecah RM30 bilion sejak tiga Rancangan Malaysia terdahulu,” katanya. – 11 September, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Govt to raise alcohol excise duty by 10% from November 2025, tobacco taxes also up: Anwar

Prime Minister says the move, announced under Budget 2026, aims to promote healthier lifestyles and reduce access to alcohol and tobacco, with additional revenue channelled to the Health Ministry

Sunway-IJM proposed merger to create mega construction firm

However, the deal may put focus on Bumiputera, national interests

MMA wants RM50 minimum for GP consultation fees, says RM10 ‘not enough’

Association says two-decade-old rate makes private practice unsustainable and fails to reflect doctors’ true value

◉ Related