HEADLINES

Operasi Starlink di Malaysia selaras dengan kerangka antarabangsa: MCMC

Perkhidmatan satelit adalah secara asasnya global dan Peraturan Radio ITU menyediakan kerangka global untuk menyelaras dan mengawal perkhidmatan ini

11:01 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Operasi Starlink di Malaysia adalah selaras dengan kerangka antarabangsa, menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC).  

MCMC dalam kenyataan hari ini memaklumkan ia berpandukan kepada kerangka yang disediakan oleh Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) khususnya Peraturan Radio ITU ketika membuat keputusan berkaitan peruntukan dan pengurusan gangguan spektrum.

“Perkhidmatan satelit adalah secara asasnya global dan Peraturan Radio ITU menyediakan kerangka global untuk menyelaras dan mengawal perkhidmatan ini.

“Ia dengan jelas menggariskan kriteria perlindungan termasuk kewajipan untuk mencegah gangguan berbahaya kepada perkhidmatan sedia ada dan prosedur untuk menyelesaikan pertikaian gangguan, jika ada. Operasi Starlink di Malaysia adalah selaras dengan kerangka antarabangsa,” menurut kenyataan itu.

Suruhanjaya itu mengeluarkan kenyataan tersebut sebagai respons kepada laporan sebuah portal teknikal mengenai kebimbangan dan isu yang ditimbulkan berkaitan kemungkinan gangguan kepada perkhidmatan telekomunikasi sedia ada serta kajian kewujudan bersama melibatkan Starlink.

MCMC menyebut setakat ini, tiada aduan yang diterima mengenai gangguan yang dilaporkan.

Katanya jika berlaku sebarang gangguan, ia akan diatasi melalui penyelesaian gangguan sedia ada mengikut kerangka kebangsaan dan antarabangsa.

Menurut kenyataan itu, Starlink telah diberi status Malaysia Digital yang membenarkannya beroperasi di negara ini dengan status pemilikan semasa.

“Keputusan ini dibuat berdasarkan penilaian dan manfaat yang akan diberikan oleh Starlink. Sebelum mengeluarkan lesen tersebut, MCMC telah mengadakan sesi libat urus dengan pihak berkepentingan untuk memastikan pertimbangan mereka diambil kira,” katanya.

Selain itu, MCMC kekal komited dalam melindungi kepentingan orang awam dan memastikan semua perkhidmatan telekomunikasi termasuk yang disediakan oleh Starlink, beroperasi dengan mematuhi standard serta peraturan. — 11 September, 2023

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related