HEADLINES

Perdana Menteri adakan lawatan kerja sehari ke Singapura hari ini

Anwar turut dijangka menyertai dua sesi perbincangan khas, selain bertemu rakan sejawatnya di negara berkenaan

9:05 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan kerja ke Singapura hari ini untuk menyertai Milken Institute 10th Annual Asia Summit.

Kenyataan Wisma Putra memaklumkan, lawatan Perdana Menteri itu diringi isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Turut mengiringi beliau adalah Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz serta pegawai kementerian dan agensi berkaitan.

“Semasa persidangan terbabit, Perdana Menteri akan menyertai dua sesi khas, iaitu ‘A Conversation with the Prime Minister of Malaysia’ dan ‘Malaysia’s Investment Outlook: A Conversation between Prime Minister and Global Investors’.

“Kedua-dua sesi ini akan disertai pemimpin industri global dan syarikat pelaburan,” katanya.

Menurut kenyataan sama, Anwar turut dijadual bertemu rakan sejawatnya, iaitu Perdana Menteri republik berkenaan, Lee Hsien Loong dalam satu sesi minum petang di mana kedua-dua pemimpin, dijangka bertukar pandangan mengenai perkembangan domestik dan antarabangsa.

“Pada 2022, Singapura adalah rakan dagang dunia kedua terbesar Malaysia dengan perdagangan mencecah RM390.4 bilion (USD83.53 bilion), merangkumi 12.9 peratus daripada jumlah keseluruhan perdagangan Malaysia.

“la adalah peningkatan 29.4 peratus, berbanding jumlah dagangan pada tempoh sama bagi tahun 2021 (RM301.7 bilion/US64.55 bilion),” katanya. – 13 September

Topics

 

Hangat

RM4,000 grant to scrap old car, buy new Proton, Perodua

Under Budget 2026, government and national car makers to provide the grant to ensure better road safety

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Related